AMOS Kata Pengantar - Today's Malay Version 1996
Kata PengantarAmos ialah nabi pertama di dalam Alkitab yang perkhabarannya dicatat secara terperinci. Dia berasal dari sebuah kota di Yehuda, tetapi dia berkhutbah kepada orang Israel di kerajaan bahagian utara Israel pada kira-kira pertengahan abad kelapan Sebelum Masihi. Pada masa itu banyak orang hidup makmur dan mementingkan ibadat; negeri Israel nampaknya aman, tetapi Amos melihat bahawa yang menikmati kemakmuran hanya orang kaya yang memperoleh kekayaan daripada penindasan dan ketidakadilan terhadap orang miskin. Orang menjalankan ibadat dengan hati yang tidak ikhlas, sehingga keadaan aman kelihatan dari luar sahaja dan tidak sungguh-sungguh. Dengan berani dan penuh semangat, Amos menyampaikan perkhabaran bahawa Allah akan menghukum bangsa Israel. Amos melaungkan agar “keadilan mengalir seperti sungai.” Dia berkata, “Mungkin TUHAN akan mengasihani orang Israel yang masih hidup” (5.15).KandunganHukuman atas Negara-Negara Jiran Israel 1.1—2.5Hukuman atas Israel 2.6—6.14Lima Penglihatan 7.1—9.15