KEJADIAN 25 - Today's Malay Version 1996

Keturunan Abraham daripada Isterinya yang Lain(1 Taw 1.32-33)

1Abraham berkahwin lagi dengan seorang perempuan yang bernama Ketura.

2Isterinya itu melahirkan Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Ishbak, dan Suah.

3Yoksan ialah bapa Syeba dan Dedan. Keturunan Dedan ialah orang Asyur, orang Letus, dan orang Leum.

4Anak Midian ialah Efa, Efer, Henokh, Abida, dan Eldaa. Mereka semuanya keturunan Ketura.

5Walaupun Abraham mewariskan segala harta bendanya kepada Ishak,

6semasa Abraham masih hidup, dia memberikan hadiah kepada anak-anak yang dilahirkan oleh isteri-isterinya yang lain. Kemudian dia menyuruh anak-anaknya itu pindah ke daerah di sebelah timur Kanaan, jauh daripada Ishak, anaknya.

Abraham Meninggal dan Dikuburkan

7-8Abraham meninggal ketika umurnya sudah lanjut, iaitu 175 tahun.

9Anak-anaknya Ishak dan Ismael mengebumikan dia di dalam Gua Makhpela yang terletak di tanah sebelah timur Mamre. Dahulu tanah itu milik Efron anak Zohar, orang Het,

10

26Apabila anak yang kedua dilahirkan, tangannya memegang tumit Esau, maka anak itu dinamakannya Yakub. Ishak berumur enam puluh tahun ketika anak-anak itu dilahirkan.

Esau Menjual Haknya sebagai Anak Sulung

27Kedua-dua orang anak itu membesar; Esau menjadi seorang pemburu yang mahir dan suka tinggal di padang, tetapi Yakub bersifat tenang dan suka tinggal di khemah.

28Ishak lebih sayang kepada Esau kerana dia suka makan daging binatang buruan, tetapi Ribka lebih sayang kepada Yakub.

29Pada suatu hari ketika Yakub sedang memasak bubur kacang merah, Esau pulang dari berburu. Esau berasa lapar,

30lalu berkata kepada Yakub, “Aku kelaparan; berilah aku sedikit kacang merah itu.” (Itulah sebabnya dia disebut Edom.)

31Yakub menjawab, “Aku akan memberikan kacang merah itu kepadamu, jika engkau menyerahkan hakmu sebagai anak sulung kepadaku.”

32Esau berkata, “Peduli apa hak itu bagiku. Aku lapar setengah mati!”

33 Ibr 12.16 Yakub menjawab, “Bersumpahlah dahulu bahawa kamu akan menyerahkan hakmu kepadaku.”

Esau bersumpah dan menyerahkan haknya kepada Yakub.

34Kemudian Yakub memberikan roti dan sebahagian bubur kacang merah itu kepadanya. Esau makan dan minum, lalu pergi. Demikianlah Esau tidak menghargai haknya sebagai anak sulung.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help