2 SAMUEL 5 - Today's Malay Version 1996

Raja Daud Menjadi Raja Israel dan Yehuda(1 Taw 11.1-9, 14.1-7)

1Kemudian semua suku Israel menghadap Raja Daud di Hebron. Mereka berkata kepada baginda, “Kami ini kerabat tuanku.

2Sejak dahulu, bahkan ketika Raja Saul masih raja kami, tuanku telah pun memimpin tentera Israel berperang. TUHAN juga sudah berjanji kepada tuanku bahawa tuanku akan memimpin umat-Nya dan menjadi raja mereka.”

3Demikianlah semua pemimpin Israel menghadap Raja Daud di Hebron. Raja Daud mengadakan perjanjian dengan mereka, lalu mereka melantik baginda menjadi raja Israel.

4Raja Daud berusia tiga puluh tahun ketika menjadi raja, dan baginda memerintah selama empat puluh tahun.

5

21Apabila orang Filistin lari dari situ, mereka meninggalkan patung-patung berhala mereka. Kemudian Raja Daud dan anak buahnya mengambil patung-patung itu.

22Tidak lama kemudian orang Filistin kembali ke Lembah Refaim dan menduduki tempat itu lagi.

23Sekali lagi Raja Daud bertanya kepada TUHAN. TUHAN menjawab, “Jangan serang mereka dari sini. Tetapi berjalanlah mengelilingi tempat ini dan seranglah mereka dari belakang, dekat pokok-pokok kertau.

24Apabila engkau mendengar bunyi seperti derap orang berbaris di puncak pokok-pokok itu, mulakan serangan kerana Aku akan berjalan di hadapanmu untuk mengalahkan tentera Filistin.”

25Raja Daud menurut perintah TUHAN dan baginda berjaya mengalahkan orang Filistin dari Geba sampai ke Gezer.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help