FILEMON 1 - Today's Malay Version 1996

1Surat ini daripada Paulus, yang dipenjarakan kerana mengabdikan diri kepada Kristus Yesus, dan daripada saudara kita Timotius.

2

10 bukan sahaja bagimu, tetapi bagiku juga.

12Aku menghantar dia kembali kepadamu, dia yang sangat aku kasihi.

13Sebenarnya aku ingin dia tetap di sini bersama-sama aku untuk membantu aku bagi pihakmu, selama aku dipenjarakan kerana mengisytiharkan Berita Baik.

14Tetapi aku tidak mahu memaksa kamu menolong aku. Aku lebih suka jika kamu melakukannya dengan rela hati. Oleh itu aku tidak mahu melakukan apa-apa kecuali kamu bersetuju.

15Mungkin Onesimus berpisah daripada kamu untuk sementara, supaya kamu boleh mendapatnya kembali untuk seterusnya.

16Sekarang dia bukan sahaja abdi, tetapi lebih daripada itu. Dia saudara Kristian yang dikasihi. Dia sangat bererti bagiku, dan dia lebih bererti lagi bagimu, baik sebagai abdi mahupun sebagai sesama saudara yang percaya kepada Tuhan!

17Oleh itu, jika kamu menganggap aku sebagai rakan sekerja, sambutlah dia kembali seperti kamu menyambut aku.

18Jika dia sudah bersalah atau berhutang kepadamu, biarlah aku yang menanggungnya.

19Lihatlah, kata-kata berikut aku tulis sendiri: Aku, Paulus akan melunasi semuanya. (Aku tidak perlu mengingatkan kamu bahawa kamu berhutang kepadaku kehidupanmu sebagai orang Kristian.)

20Oleh itu, demi Tuhan tolonglah aku dan gembirakanlah hatiku sebagai sesama saudara yang percaya kepada Kristus.

21Semasa menulis surat ini, aku yakin bahawa kamu akan mengabulkan permintaanku. Sebenarnya aku tahu bahawa kamu akan melakukan hal yang lebih daripada permintaanku.

22Sementara itu, tolong sediakan bilik untukku di rumahmu, kerana aku berharap Allah akan mengabulkan doa kamu semua dan membolehkan aku kembali kepada kamu.

Salam Terakhir

23 Kol 1.7, 4.12 Epafras, yang dipenjarakan bersama-sama aku kerana Kristus Yesus, mengirim salam kepada kamu.

24Kis 12.12, 25, 13.13, 15.37-39, 19.29, 27.2; Kol 4.10,14; 2 Tim 4.10,11 Terimalah juga salam rakan-rakan sekerjaku: Markus, Aristarkhus, Demas, dan Lukas.

25Aku berdoa semoga Tuhan Yesus Kristus memberkati kamu semua.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help