GALATIA Kata Pengantar - Today's Malay Version 1996
Kata PengantarKetika Berita Baik tentang Yesus mula dikhabarkan dan disambut di kalangan orang bukan Yahudi, timbullah persoalan sama ada seseorang mesti taat kepada Taurat Musa untuk menjadi seorang Kristian sejati. Paulus menjelaskan bahawa hal ini tidak perlu. Satu-satunya syarat mutlak untuk menjadi orang Kristian adalah kepercayaan kepada Kristus. Dengan kepercayaan itu hubungan manusia dengan Allah menjadi baik semula. Tetapi di kalangan jemaah di Galatia, negeri di Asia Kecil yang dikuasai Empayar Roma, ada orang yang menentang Paulus. Mereka berpendapat bahawa orang juga mesti taat kepada Taurat Musa untuk berbaik semula dengan Allah. Surat Paulus kepada Jemaah di Galatia ditulis untuk memimpin orang yang disesatkan oleh ajaran salah itu, supaya taat semula kepada ajaran benar. Mula-mula Paulus membela haknya sebagai rasul Yesus Kristus. Dia menegaskan bahawa panggilannya untuk menjadi rasul datang daripada Allah, bukan daripada manusia. Dia juga memberitahukan bahawa tugasnya ditujukan terutamanya kepada orang bukan Yahudi (1-2). Kemudian dia menjelaskan bahawa hubungan manusia dengan Allah menjadi baik semula hanya melalui kepercayaan kepada Allah (3-4). Dalam fasal-fasal terakhir (5-6), Paulus menunjukkan bahawa kelakuan orang Kristian berpunca daripada kasih yang timbul dalam diri mereka kerana percaya kepada Kristus.KandunganPendahuluan 1.1-10Hak Paulus sebagai Rasul 1.11—2.21Berita Baik tentang Rahmat Allah 3.1—4.31Kebebasan dan Kewajipan orang Kristian 5.1—6.10Penutup 6.11-18