EZRA 6 - Today's Malay Version 1996

Surat Perintah Raja Kores Dijumpai dalam Arkib Kerajaan

1Selepas itu Raja Darius memberikan perintah supaya orang memeriksa arkib kerajaan yang disimpan di kota Babel.

2Tetapi catatan tentang hal itu ditemui di kota Ahmeta, di daerah Media, dan bukannya di Babel. Catatan itu ditulis pada sebuah gulungan naskhah yang berbunyi begini,

3“Pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores, baginda memberikan perintah supaya Rumah TUHAN di Yerusalem dibina semula, sebagai tempat orang membawa persembahan dan membakar korban. Tinggi Rumah itu harus 27 meter dan lebarnya 27 meter.

4Tembok Rumah itu hendaklah dibuat seperti berikut: di atas tiap-tiap tiga lapis batu mestilah dipasang satu lapis kayu. Segala perbelanjaannya hendaklah ditanggung oleh perbendaharaan kerajaan.

5Perkakas emas dan perak yang digunakan di dalam Rumah TUHAN, yang telah diambil oleh Raja Nebukadnezar dari Yerusalem dan dibawa ke Babel, harus dikembalikan ke tempatnya semula.”

Raja Darius Memberikan Perintah supaya Pembinaan Diteruskan

6Kemudian Raja Darius menjawab demikian,

“Kepada Gabenor Tatnai dari Efrat Barat, Syetar Boznai dan rakan-rakan kamu di Efrat Barat. Salam.

Jangan ganggu orang Yahudi,

7dan jangan halang pembinaan itu. Biarlah gabenor Yehuda dan para pemimpin orang Yahudi membina semula Rumah itu.

8Bahkan beta memerintah agar kamu semua menolong mereka membinanya. Perbelanjaan membina Rumah TUHAN itu harus dibayar dengan segera dari perbendaharaan kerajaan, daripada hasil cukai wilayah Efrat Barat. Janganlah biarkan pembinaan itu tergendala!

9Tiap-tiap hari, para imam yang berada di Yerusalem harus diberikan apa sahaja yang diperlukan mereka: sama ada lembu jantan muda, domba jantan, atau anak domba sebagai korban untuk dipersembahkan kepada Allah penguasa di syurga, ataupun gandum, garam, wain, dan minyak zaitun.

10Kesemua ini hendaklah dilaksanakan supaya mereka dapat mempersembahkan korban yang diperkenankan Allah penguasa di syurga, dan supaya mereka berdoa kepada-Nya untuk memohon berkat bagi beta dan putera-putera beta.

11Beta memerintahkan juga bahawa sesiapa melanggar perintah beta ini, tulang bumbung rumahnya akan dibongkar, diruncingkan, lalu ditusukkan ke dalam badannya sampai tembus. Rumah orang itu akan dijadikan tempat timbunan sampah.

12Semoga Allah yang telah memilih Yerusalem sebagai tempat Dia disembah, membinasakan raja atau bangsa apa sahaja yang melanggar perintah ini serta cuba memusnahkan Rumah TUHAN. Beta, Raja Darius, telah mengeluarkan perintah ini. Jalankanlah perintah ini dengan sebaik-baiknya.”

Rumah TUHAN Ditahbiskan

13Selepas itu, Gabenor Tatnai dari Efrat Barat, Syetar-Boznai dan rakan-rakan mereka melakukan tepat seperti yang diperintahkan Raja Darius.

14 bermurah hati terhadap mereka, sehingga baginda menolong mereka membina semula Rumah TUHAN, Allah Israel.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help