MALEAKHI Kata Pengantar - Today's Malay Version 1996
Kata PengantarKitab Maleakhi ditulis dalam abad kelima Sebelum Masihi, setelah Rumah TUHAN di Yerusalem dibina semula. Tujuan utama kitab ini adalah menyeru imam-imam dan rakyat supaya membaharui kesetiaan mereka kepada perjanjian mereka dengan Allah. Nyata sekali bahawa ada kemerosotan dalam kehidupan dan ibadat umat Allah. Imam-imam dan rakyat menipu Allah kerana mereka tidak mempersembahkan apa yang patut dipersembahkan kepada Allah, dan mereka tidak hidup menurut ajaran-Nya. Tetapi Tuhan akan datang untuk menghakimi dan menyucikan umat-Nya. Tuhan akan mengirim utusan-Nya lebih dahulu untuk menyediakan jalan dan mengisytiharkan perjanjian-Nya.KandunganDosa Israel 1.1—2.16Hukuman dan Belas Kasihan Allah 2.17—4.6