1Kemudian Samuel mengambil sebuah botol berisi minyak zaitun, lalu menuang minyak itu ke atas kepala Saul. Dia mencium Saul dan berkata, “TUHAN melantik kamu menjadi raja Israel, umat-Nya. Kamu akan memerintah umat-Nya dan melindungi mereka daripada semua musuh. Inilah buktinya bahawa TUHAN sudah melantik kamu sebagai raja umat-Nya:
2Selepas kamu meninggalkan saya hari ini, kamu akan berjumpa dengan dua orang lelaki dekat kubur Rahel di Zelzah, di wilayah Benyamin. Mereka akan berkata kepadamu begini, ‘Keldai-keldai yang kamu cari itu sudah dijumpai. Sekarang bapamu tidak lagi khuatir tentang keldai-keldai itu, tetapi terus-menerus bertanya apa yang harus dilakukannya untuk menjumpai kamu.”
3Samuel berkata lagi, “Dari situ, teruskanlah perjalananmu sehingga kamu sampai ke pokok tempat ibadat di Tabor. Di sana kamu akan bertemu dengan tiga orang lelaki yang sedang pergi ke Betel untuk mempersembahkan korban kepada Allah. Seorang daripada mereka menggiring tiga ekor anak kambing, seorang lagi membawa tiga ketul roti, dan seorang lagi membawa kirbat kulit yang penuh dengan wain.
4Mereka akan memberikan salam kepadamu dan memberi kamu dua ketul roti yang harus kamu terima.
5Selepas itu pergilah ke bukit Allah di Gibea. Di sana ada perkhemahan orang Filistin. Di pintu masuk kota, kamu akan berjumpa dengan sekumpulan orang nabi yang turun dari bukit, tempat mazbah itu. Mereka bermain gambus, rebana, seruling, dan kecapi. Mereka menari-nari dan berteriak-teriak.
6Pada saat itu juga Roh TUHAN akan menguasai kamu, dan kamu akan diberikan sifat baru, lalu kamu akan mengikut mereka menari-nari dan berteriak-teriak.
7Apabila hal itu terjadi, buatlah apa saja yang kamu rasa baik, kerana Allah menyertaimu.
8Selepas itu kamu harus pergi ke Gilgal lebih awal daripada saya, dan tunggu di sana selama tujuh hari. Kemudian saya akan datang untuk mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan korban untuk memohon berkat TUHAN, serta memberitahu kamu apa yang harus kamu lakukan.”
9Sebaik sahaja Samuel meninggalkan Saul, Allah memberi Saul sifat yang baru. Segala perkara yang diberitahukan Samuel kepadanya berlaku pada hari itu juga.
10Ketika Saul dan hambanya tiba di Gibea, Saul ditemui oleh sekumpulan orang nabi. Pada saat itu juga Roh Allah menguasai Saul, lalu dia mengikut nabi-nabi itu menari dan berteriak.
11Orang yang mengenal Saul sejak dahulu, melihat kelakuannya lalu bertanya satu sama lain, “Apakah yang sudah terjadi kepada anak Kish itu? Adakah Saul juga menjadi seorang nabi?”
12 TUHAN sudah menggerakkan hati mereka untuk mengiringi Raja Saul.
27Tetapi ada beberapa orang jahat yang berkata, “Mana mungkin orang ini akan berguna bagi kita?” Mereka menghina Raja Saul dan tidak memberikan hadiah kepadanya, tetapi Raja Saul berpura-pura tidak tahu.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.