1 TIMOTIUS 2 - Today's Malay Version 1996

Ibadat Jemaah

1Pertama sekali aku menggesa supaya doa permohonan dan ucapan syukur disampaikan kepada Allah untuk semua orang,

2untuk raja-raja dan semua penguasa. Berdoalah kepada Allah supaya kita boleh hidup dengan aman dan tenteram. Kita harus menghormati Allah, dan berlaku sopan terhadap orang lain.

3Hal ini baik dan menyenangkan hati Allah, Penyelamat kita.

4Dia mahu semua orang diselamatkan serta mengetahui ajaran benar tentang penyelamatan,

5kerana hanya ada satu Allah dan hanya ada satu yang dapat memimpin manusia kepada Allah, iaitu Kristus Yesus yang datang ke bumi sebagai manusia.

6Dia telah menyerahkan diri-Nya untuk menyelamatkan manusia daripada dosa. Hal ini membuktikan bahawa pada waktu yang tepat, Allah menghendaki semua orang diselamatkan.

7 Aku tidak berdusta. Aku mengatakan yang benar!

8Aku mahu orang lelaki berdoa di mana-mana sahaja dengan hati yang suci, tanpa kemarahan ataupun pertengkaran.

9 jika dengan rendah hati mereka tetap beriman, mengasihi orang lain, dan hidup suci.

Blog
About Us
Message
Site Map