2 SAMUEL 20 - Today's Malay Version 1996

Pemberontakan Seba

1 berkumpul dan mengikut dia masuk ke dalam kota.

15Anak buah Yoab mendengar bahawa Seba berada di sana lalu mereka mengepung kota itu. Mereka membuat tanjakan tanah di sebelah luar tembok, dan mula menggali tanah di bawah tembok untuk meruntuhkannya.

16Di kota itu ada seorang wanita yang bijak. Dari dalam kota itu dia berseru, “Dengarlah! Dengarlah! Suruh Yoab datang ke mari. Saya hendak bercakap dengan dia.”

17Yoab datang, lalu wanita itu bertanya, “Tuankah Yoab?”

“Ya,” jawab Yoab.

“Dengarkanlah kata-kata saya,” kata wanita itu.

“Baiklah, saya dengarkan,” kata Yoab.

18Wanita itu berkata, “Dahulu orang biasanya berkata, ‘Pergilah ke kota Abel untuk minta petunjuk!’ - dan itulah yang dilakukan mereka.

19Kota kami ini besar, salah sebuah kota yang paling aman dan setia di negeri Israel. Mengapakah tuan hendak memusnahkannya? Inginkah tuan memusnahkan milik TUHAN?”

20Yoab menjawab, “Sama sekali tidak! Saya tidak bermaksud merosakkan atau memusnahkan kota kamu ini!

21Itu bukanlah rancangan kami. Seorang yang bernama Seba anak Bikri, yang berasal dari kawasan perbukitan Efraim, telah memulakan pemberontakan terhadap Raja Daud. Serahkanlah orang itu, lalu saya akan berundur dari kota ini.”

“Baiklah,” kata wanita itu. “Kami akan melemparkan kepalanya kepada tuan dari atas tembok ini.”

22Kemudian perempuan itu berunding dengan penduduk kota itu sambil membentangkan rancangannya. Lalu mereka memancung kepala Seba dan melemparkannya kepada Yoab dari atas tembok. Selepas itu Yoab meniup trompet sebagai tanda bagi anak buahnya untuk meninggalkan kota itu. Anak buah Yoab pulang, lalu dia pun pulang ke Yerusalem untuk menghadap raja.

Para Pegawai Raja Daud

23Inilah para pegawai tinggi yang dilantik oleh Raja Daud:

Panglima seluruh tentera Israel: Yoab

Ketua pengawal peribadi Raja Daud: Benaya anak Yoyada

24Ketua buruh paksa: Adoram

Bendahara negeri: Yosafat anak Ahilud

25Setiausaha negeri: Seya

Imam: Zadok dan Abyatar

26Imam di istana: Ira dari kota Yair.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help