MAZMUR 126 - Today's Malay Version 1996

Doa Minta Pemulihan

1Lagu ziarah.

Apabila TUHAN membawa kita balik ke Yerusalem,

kita seperti bermimpi!

2Kita tertawa dan menyanyi kerana gembira!

Lalu bangsa-bangsa lain berkata tentang kita,

“TUHAN telah melakukan perkara-perkara hebat untuk mereka.”

3Memang TUHAN telah melakukan perkara-perkara yang hebat untuk kita;

itulah sebabnya kita bersukacita!

4Ya TUHAN, jadikanlah kami makmur semula,

seperti sungai kering berair semula pada musim hujan.

5Semoga orang yang menabur benih sambil menangis,

dapat menuai hasilnya sambil bergembira!

6Orang yang menabur benih sambil mencucurkan air mata,

akan pulang membawa hasil tanaman sambil menyanyi dengan gembira.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help