YEREMIA 29 - Today's Malay Version 1996

Surat Yeremia kepada Orang Yahudi di Babilonia

1Aku menulis surat kepada para imam, nabi, pemimpin bangsa, dan kepada semua orang lain di Yerusalem yang telah ditawan oleh Raja Nebukadnezar dan dibawa ke Babilonia.

2

9Mereka menggunakan nama-Ku ketika berdusta kepada kamu. Aku tidak menyuruh mereka. Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa telah berfirman.’

10

12Barulah kamu akan berseru kepada-Ku. Kamu akan datang untuk berdoa kepada-Ku, dan Aku akan menjawab doa kamu.

13 TUHAN telah berfirman.”

Surat Semaya

24-25TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel memberikan perkhabaran kepadaku untuk Semaya, orang Nehelam, kerana Semaya telah mengirim surat dengan menggunakan namanya sendiri kepada semua penduduk Yerusalem, kepada Imam Zefanya anak Maaseya dan kepada semua imam yang lain. Surat yang ditulis oleh Semaya kepada Zefanya berbunyi demikian,

26“TUHAN telah melantik engkau menjadi imam untuk menggantikan Yoyada, dan sekarang engkaulah pegawai tertinggi di Rumah TUHAN. Engkau bertanggungjawab untuk memastikan supaya setiap orang gila yang mengaku dirinya nabi, dibelenggu dengan rantai besi pada lehernya.

27Mengapa engkau tidak bertindak terhadap Yeremia orang Anatot itu, yang telah berlaku sebagai nabi di kalangan bangsa kita?

28Dia telah memberitahu orang kita di Babilonia bahawa mereka masih lama tinggal di sana sebagai orang tawanan; lalu mereka harus mendirikan rumah, menetap di sana, membuka ladang, dan makan hasilnya.”

29Surat itu dibacakan oleh Imam Zefanya kepadaku.

30Oleh itu TUHAN menyuruh aku

31mengirim berita tentang Semaya kepada semua orang Israel yang dibuang ke Babilonia. Berita itu demikian: “Semaya telah berucap kepada kamu seolah-olah dia seorang nabi; padahal Aku, TUHAN, tidak menyuruh dia. Oleh sebab dia telah menyebabkan kamu percaya kepada dusta,

32dan menyuruh kamu melawan Aku, maka Aku akan menghukum dia dan keturunannya. Dia tidak akan mempunyai keturunan yang tinggal di kalangan kamu. Dia tidak akan hidup untuk melihat hal-hal baik yang akan Kulakukan untuk umat-Ku. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

Blog
About Us
Message
Site Map