1TUHAN berfirman, “Bangsa Israel telah mengelilingi Aku dengan dusta dan tipu daya, dan bangsa Yehuda masih juga memberontak terhadap Aku, Allah yang suci dan setia.
2Segala yang dilakukan oleh orang Israel dari pagi hingga petang semuanya tidak berguna, malahan bersifat memusnahkan seperti angin timur. Dusta dan kekejaman semakin meningkat di kalangan mereka. Mereka membuat perjanjian dengan Asyur dan juga membawa minyak ke Mesir sebagai tanda persahabatan.”
3TUHAN mempunyai tuduhan terhadap orang Yehuda; dan Dia akan menghukum orang Israel juga kerana tingkah laku mereka. Dia akan membalas perbuatan mereka.
4
6Allah itu TUHAN Yang Maha Kuasa. Nama-Nya TUHAN. Dengan nama itulah Dia menghendaki orang beribadat kepada-Nya.
7Oleh itu, hai kamu keturunan Yakub, percayalah kepada Allah kamu, dan kembalilah kepada-Nya. Hiduplah dengan penuh kasih dan berlakulah adil, dan tunggulah dengan sabar sehingga Allah kamu bertindak.
Firman Selanjutnya tentang Hukuman atas Israel8TUHAN berfirman kepada orang Israel, “Kamu curang seperti orang Kanaan. Peniaga kamu suka menipu pelanggan dengan timbangan yang tidak tepat.
9Kata mereka, ‘Kami kaya sekarang. Kami mempunyai banyak harta. Tiada sesiapa pun dapat menuduh kami berlaku curang.’
10Im 23.42-43 Akulah TUHAN, Allah kamu yang telah memimpin kamu keluar dari Mesir; Aku akan membuat kamu tinggal di dalam khemah lagi seperti dahulu, pada masa Aku datang kepada kamu di padang gurun.
11Aku telah berfirman kepada nabi-nabi, serta memberi mereka banyak penglihatan, dan melalui mereka Aku memberikan amaran kepada umat-Ku.
12Namun, masih ada yang menyembah berhala di Gilead dan mempersembahkan lembu di atas mazbah di Gilgal. Tetapi mereka yang menyembah berhala itu akan mati, dan mazbah-mazbah di Gilgal akan menjadi timbunan batu di padang.”
13 Kej 29.1-20 Nenek moyang kita, Yakub, terpaksa lari ke negeri Mesopotamia. Di sana dia bekerja bagi orang lain sebagai gembala domba untuk mendapat isteri.
14Kel 12.50-51 TUHAN mengutus seorang nabi untuk membebaskan orang Israel daripada perhambaan di Mesir, dan untuk menjaga mereka.
15Orang Israel membuat TUHAN amat murka; mereka patut dihukum mati kerana kejahatan mereka. TUHAN akan menghukum mereka kerana mereka menghina Dia.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.