1 TAWARIKH 16 - Today's Malay Version 1996

1Mereka meletakkan Tabut Perjanjian itu di dalam khemah yang telah disediakan oleh Raja Daud. Kemudian mereka mempersembahkan korban-korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban-korban untuk memohon berkat-Nya.

2Setelah Raja Daud selesai mempersembahkan korban-korban itu, baginda memberkati umat Israel dengan nama TUHAN,

3lalu membahagi-bahagikan makanan kepada mereka semua. Setiap orang yang ada di situ, baik lelaki mahupun perempuan diberi sebuku roti, sepotong daging panggang, dan seketul kuih kismis.

4Raja Daud melantik beberapa orang Lewi untuk memimpin upacara ibadat kepada TUHAN, Allah Israel, di hadapan Tabut Perjanjian. Mereka menyanyikan lagu kesyukuran dan puji-pujian kepada TUHAN.

5Asaf dilantik sebagai ketua dan Zakharia wakilnya. Yeiel, Semiramot, Yehiel, Matica, Eliab, Benaya, Obed-Edom, dan Yeiel ditugaskan untuk memainkan kecapi. Asaf ditugaskan untuk memainkan simbal,

6dan dua orang imam, iaitu Benaya dan Yahaziel, ditugaskan secara tetap untuk meniup trompet di hadapan Tabut Perjanjian.

7Itulah kali pertama Raja Daud menugaskan Asaf dan rakan-rakannya sesama orang Lewi untuk menyanyikan lagu puji-pujian kepada TUHAN.

Lagu Pujian(Mzm 105.1-15, 96.1-13, 106.1,47-48)

8Bersyukurlah kepada TUHAN,

isytiharkanlah keagungan-Nya.

Ceritakanlah perbuatan-Nya

kepada bangsa-bangsa.

9Nyanyikanlah lagu pujian kepada TUHAN,

ceritakanlah segala perbuatan-Nya yang menakjubkan.

10Dialah TUHAN Yang Esa;

bersukacitalah kerana kita milik-Nya;

semua orang yang menyembah TUHAN hendaklah bersukacita!

11Mintalah pertolongan TUHAN;

sembahlah Dia sentiasa.

12-13Hai keturunan Yakub, hamba Allah,

hai keturunan Israel, umat pilihan Allah,

ingatlah akan mukjizat yang dilakukan Allah,

jangan lupakan keputusan yang diberikan-Nya.

14TUHAN ialah Allah kita;

perintah-Nya untuk seluruh dunia.

15Jangan lupakan perjanjian-Nya

yang berlaku untuk selama-lamanya,

16

30gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi!

Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang.

31Bersukacitalah, hai bumi dan langit!

Beritahulah bangsa-bangsa bahawa TUHAN itu Raja.

32Berderulah, hai laut, dan segala isimu!

Bergembiralah, hai ladang-ladang, dan segala tanamanmu!

33Pokok-pokok di hutan akan bersorak kegirangan,

apabila TUHAN datang untuk memerintah bumi.

34 di atas mazbah, menurut Taurat yang diberikan oleh TUHAN kepada orang Israel.

41Imam Zadok dan imam-imam itu dibantu oleh Heman dan Yedutun serta beberapa orang lain yang dipilih khas untuk menyanyikan lagu pujian kepada TUHAN kerana kasih-Nya yang kekal abadi.

42Heman dan Yedutun juga mengurus trompet, simbal, serta alat muzik lain yang dipakai untuk mengiringi lagu-lagu pujian. Anggota-anggota puak Yedutun ditugaskan untuk mengawal pintu-pintu gerbang.

43 2 Sam 6.19-20 Kemudian semua orang pulang ke rumah masing-masing. Raja Daud juga pulang untuk bersama-sama keluarga baginda.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help