YESAYA 13 - Today's Malay Version 1996

Allah Akan Menghukum Babel

1Inilah perkhabaran Allah tentang Babel yang diterima oleh Yesaya anak Amos.

2Kibarkanlah panji perang di atas bukit yang gondol! Berserulah kepada para askar. Angkatlah lenganmu sebagai tanda bagi mereka untuk menyerang pintu-pintu gerbang kota yang sombong itu.

3TUHAN telah memanggil askar-askar pilihan-Nya. Mereka perkasa, percaya diri, dan dibanggakan-Nya. Dia menugaskan mereka untuk menghukum orang yang kena kemurkaan-Nya.

4Dengarlah keriuhan di atas gunung, seperti banyak orang yang berkumpul. Dengarlah kegemparan bangsa-bangsa dan kerajaan-kerajaan yang sedang berhimpun. TUHAN Yang Maha Kuasa sedang mengatur pasukan perang.

5Mereka datang dari negeri-negeri jauh, di hujung bumi. Kerana kemurkaan-Nya, TUHAN akan datang untuk memusnahkan seluruh bumi.

6 supaya menyerang Babel. Mereka tidak mempedulikan perak, dan tidak tergoda oleh emas.

18Dengan busur dan panah, mereka akan membunuh orang muda. Mereka tidak menunjukkan belas kasihan kepada bayi ataupun kanak-kanak.

19Kej 19.24 Antara semua kerajaan, Babilonia adalah yang paling indah dan menjadi kebanggaan rakyatnya. Tetapi Aku, TUHAN, akan memusnahkan kota Babel sebagaimana Aku memusnahkan Sodom dan Gomora!

20Tiada sesiapa akan tinggal di situ lagi. Tiada pengembara Arab akan memasang khemahnya di situ, dan tiada gembala akan membawa domba untuk merumput di situ.

21Yes 34.14; Zef 2.14; Why 18.2 Tempat itu akan didiami binatang liar dan burung hantu. Burung unta akan tinggal di situ, dan kambing hutan akan berkeliaran di seluruh runtuhan itu.

22Menara-menara dan istana-istana akan bergema dengan suara anjing hutan dan serigala. Saat kehancuran Babel hampir tiba, dan waktunya tidak ditunda lagi.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help