2 RAJA-RAJA 8 - Today's Malay Version 1996

Perempuan Sunem Kembali ke Israel

1 Yehuda. Pada masa itu juga kota Libna pun memberontak.

23Semua perbuatan Raja Yehoram tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.

24Raja Yehoram mangkat dan dimakamkan di perkuburan diraja di Kota Daud. Puteranya Ahazia menggantikan baginda sebagai raja.

Raja Ahazia, Raja Yehuda(2 Taw 22.1-6)

25Pada tahun kedua belas pemerintahan Raja Yoram putera Raja Ahab di Israel, Ahazia putera Raja Yehoram menjadi raja Yehuda.

26Pada masa itu Raja Ahazia berusia dua puluh dua tahun. Raja Ahazia memerintah di Yerusalem selama satu tahun. Bondanya ialah Atalya puteri Raja Ahab, dan cucu Raja Omri dari Israel.

27Raja Ahazia ada hubungan keluarga dengan Raja Ahab kerana perkahwinan itu. Raja Ahazia juga berdosa terhadap TUHAN seperti keluarga Raja Ahab.

28Raja Ahazia bergabung dengan Raja Yoram dari Israel untuk melawan Raja Hazael dari Siria. Pertempuran berlaku di Ramot, di kawasan Gilead, dan Raja Yoram cedera dalam pertempuran itu.

29Raja Yoram pulang ke kota Yizreel supaya luka-lukanya dirawat, dan Raja Ahazia pergi menziarahi Raja Yoram.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help