1Kemudian Daud lari dari Nayot dekat Rama, lalu pergi berjumpa dengan Yonatan. Dia bertanya kepada Yonatan, “Apakah yang sudah aku lakukan? Apakah kesalahanku? Apakah dosaku terhadap bapamu sehingga bapamu hendak membunuh aku?”
2Yonatan menjawab, “Jangan berkata begitu! Demi Allah, engkau tidak akan dibunuh! Bapaku selalu memberitahu aku segala rancangannya, yang mustahak mahupun yang tidak mustahak. Dia tidak pernah merahsiakan apa pun terhadap aku. Perkara itu tidak benar!”
3Daud menjawab, “Bapamu tahu engkau sangat mengasihi aku. Oleh itu bapamu tidak memberitahu engkau apa yang dicadangkannya, supaya engkau tidak bersedih. Aku bersumpah demi TUHAN yang hidup bahawa sesungguhnya hidupku diancam maut!”
4Yonatan berkata, “Aku akan melakukan apa saja permintaanmu.”
5
15 di situ.
20Lusa aku akan memanah tiga kali ke arah timbunan batu itu, seolah-olah timbunan itu suatu sasaran.
21Kemudian aku akan menyuruh hambaku mencari anak panah itu. Jika aku berkata kepadanya, ‘Lihatlah, anak panah itu lebih dekat lagi ke mari, ambillah,’ itu bermakna bahawa engkau selamat dan boleh keluar. Aku bersumpah demi TUHAN yang hidup bahawa engkau tidak dalam bahaya apa pun.
22Tetapi jika aku berkata kepada hambaku, ‘Anak panah itu lebih jauh lagi ke sana,’ itu bermakna bahawa TUHAN menyuruh engkau pergi; oleh itu pergilah.
23Semoga TUHAN memastikan supaya kita selamanya memegang perjanjian antara kita berdua.”
24Maka Daud pergi bersembunyi di padang. Pada Perayaan Bulan Baru, Raja Saul datang ke jamuan makan.
25Seperti biasa Raja Saul duduk dekat dinding; Yonatan mengambil tempat di hadapannya, dan Abner duduk di sebelah Raja Saul, tetapi kerusi Daud tetap kosong.
26Pada hari itu, Raja Saul tidak menyinggung hal itu kerana baginda berfikir, “Mungkin ada sesuatu yang terjadi kepada Daud, sehingga menyebabkan dia najis.”
27Keesokan harinya, sehari setelah Perayaan Bulan Baru, kerusi Daud masih kosong. Kemudian Raja Saul bertanya kepada Yonatan, “Mengapa Daud tidak hadir pada jamuan, kelmarin dan hari ini?”
28Yonatan menjawab, “Dia sudah minta izin kepada saya untuk pergi ke Betlehem.
29‘Benarkanlah aku pergi,’ katanya, ‘kerana keluargaku sedang merayakan pesta mempersembahkan korban di Betlehem, dan aku disuruh datang oleh abangku. Oleh itu jika kamu izinkan, biarlah aku pergi untuk bertemu dengan sanak saudaraku.’ Itulah sebabnya dia tidak hadir pada jamuan ini, ayah.”
30Setelah mendengar hal itu Raja Saul sangat murka terhadap Yonatan. Raja Saul bertitah, “Anak haram jadah! Sekarang beta tahu bahawa engkau memihak kepada Daud. Engkau mempermalukan bondamu dan dirimu sendiri.
31Tidak tahukah engkau bahawa selama Daud hidup, engkau tidak mungkin menjadi raja negeri ini? Sekarang suruhlah orang mencari dia dan membawanya ke mari, kerana dia mesti mati!”
32Yonatan menjawab, “Mengapakah dia mesti mati? Apakah dosanya?”
33Ketika itu juga Raja Saul melemparkan tombak ke arah Yonatan untuk membunuh dia. Oleh itu Yonatan sedar bahawa ayahandanya sungguh-sungguh berniat untuk membunuh Daud.
34Dengan marah sekali Yonatan meninggalkan meja makan dan dia tidak makan apa-apa pada hari kedua Perayaan Bulan Baru itu. Dia sangat gelisah memikirkan Daud yang sudah dihina oleh Raja Saul, ayahandanya.
35Keesokan paginya Yonatan pergi ke padang untuk menjumpai Daud sebagaimana yang telah dirancangkan bersama. Dia membawa seorang budak lelaki, iaitu hambanya, bersama dengan dia.
36Yonatan berkata kepadanya, “Ayuh, carilah anak-anak panah yang akan kupanahkan.” Sedang budak itu berlari, Yonatan memanahkan sebatang anak panah melewati budak itu.
37Apabila budak itu sampai ke tempat anak panah itu jatuh, Yonatan berteriak kepadanya, “Anak panah itu lebih jauh lagi ke sana!
38Cepatlah! Jangan berdiri saja!” Dia mengambil anak panah itu lalu kembali kepada tuannya.
39Dia sama sekali tidak tahu maksud kata-kata Yonatan itu, hanya Yonatan dan Daud yang memahaminya.
40Yonatan memberikan alat pemanahnya kepada budak itu dan menyuruh dia membawanya balik ke kota.
41Setelah budak itu pergi, Daud keluar dari belakang timbunan batu itu, lalu bersujud tiga kali. Daud dan Yonatan menangis ketika mereka saling berciuman. Kesedihan Daud lebih besar daripada kesedihan Yonatan.
42Kemudian Yonatan berkata kepada Daud, “Semoga Allah menyertai engkau. TUHAN akan memastikan agar kita dan keturunan kita selalu memegang perjanjian kita berdua di hadapan-Nya.”
43Setelah itu Daud pergi, lalu Yonatan pulang ke kota.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.