1Rehabeam pergi ke Sikhem, kerana semua suku di bahagian utara telah berkumpul di sana untuk melantik dia menjadi raja.
2Apabila Yerobeam anak Nebat mendengar berita itu, dia berangkat dari Mesir. Dahulu Yerobeam telah pergi ke Mesir kerana dia melarikan diri daripada Raja Salomo.
3Suku-suku di utara memanggil Yerobeam, lalu dia bersama dengan mereka menghadap Raja Rehabeam dan berkata kepada baginda,
4“Ayahanda tuanku, Raja Salomo, telah memperlakukan hamba semua dengan kasar dan memberikan beban yang berat. Sekarang jika tuanku meringankan beban hamba semua dan memperlakukan hamba sekalian dengan baik, hamba semua akan menjadi rakyat yang setia kepada tuanku.”
5Raja Rehabeam menjawab, “Datanglah lagi selepas tiga hari; beta akan memberikan jawapan kelak.” Oleh itu mereka pun pergi.
6Raja Rehabeam meminta nasihat daripada para orang tua yang telah berkhidmat sebagai penasihat kepada ayahandanya. “Bagaimanakah beta harus jawab orang itu?” tanya Raja Rehabeam. “Apakah nasihat kamu?”
7Para orang tua itu menjawab, “Jika tuanku hendak berbakti kepada rakyat, kabulkanlah permintaan mereka, maka mereka pun akan berbakti dengan setia kepada tuanku.”
8Tetapi Raja Rehabeam tidak mempedulikan nasihat para orang tua itu. Sebaliknya, baginda bertanya pula kepada orang muda yang sebaya dengan baginda, dan yang kini menjadi penasihat baginda.
9Raja bertitah, “Apakah nasihat kamu? Apakah yang harus beta katakan kepada semua orang itu, yang meminta beta meringankan beban mereka?”
10Mereka menjawab, “Katakanlah kepada mereka, ‘Jari kelengkeng beta lebih besar daripada pinggang ayahanda beta!’
11Katakan kepada mereka, ‘Ayahanda beta memberi kamu beban yang berat, tetapi beta akan memberi kamu beban yang lebih berat. Ayahanda beta menyebat kamu dengan cambuk, tetapi beta akan menyebat kamu dengan cambuk yang berduri besi!’ ”
12Tiga hari kemudian, Yerobeam dan rakyat datang lagi menghadap Raja Rehabeam, menurut titahnya.
13-14Raja tidak mempedulikan nasihat para orang tua itu. Sebaliknya, baginda menurut nasihat orang muda lalu bertitah kepada rakyat dengan kasar, “Ayahanda beta memberi kamu beban yang berat, tetapi beta akan memberi kamu beban yang lebih berat. Ayahanda beta menyebat kamu dengan cambuk, tetapi beta akan menyebat kamu dengan cambuk yang berduri besi!”
15TUHAN hendak menepati firman-Nya yang disampaikan kepada Yerobeam anak Nebat melalui Nabi Ahia dari Silo. Itulah sebabnya raja tidak menghiraukan permintaan rakyat.
16
31Yerobeam juga membina tempat-tempat sembahyang di atas bukit-bukit, dan memilih imam-imam yang bukan daripada suku Lewi.
TUHAN Mengutuk Ibadat di Betel32Raja Yerobeam juga memulakan satu perayaan agama pada hari kelima belas bulan kelapan, seperti perayaan di Yehuda. Di atas mazbah di Betel, baginda mempersembahkan korban kepada patung-patung lembu emas yang telah dibuatnya. Raja Yerobeam menempatkan imam-imam di Betel, iaitu para imam yang bertugas di tempat-tempat sembahyang yang telah dibinanya.
33Im 23.33-34 Pada hari kelima belas bulan kelapan, hari yang ditentukannya sendiri, baginda pergi ke Betel untuk mempersembahkan korban di atas mazbah, bagi merayakan perayaan yang telah ditentukannya bagi umat Israel.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.