ULANGAN 10 - Today's Malay Version 1996

Kali Kedua Musa Menerima Sepuluh Hukum(Kel 34.1-10)

1“Kemudian TUHAN berfirman kepadaku, ‘Pahatlah dua buah batu tulis seperti yang dahulu, dan buatlah sebuah tabut daripada kayu untuk menyimpan batu tulis itu. Setelah itu datanglah kepada-Ku di atas gunung;

2lalu pada batu tulis itu Aku akan menulis apa yang sudah Kutulis pada batu tulis yang engkau pecahkan itu. Kemudian simpanlah batu tulis itu di dalam tabut.’

3Kemudian aku membuat sebuah tabut daripada kayu akasia, dan memahat dua buah batu tulis seperti yang dahulu. Aku membawa batu tulis itu ke atas gunung.

4Pada batu tulis itu TUHAN menuliskan apa yang ditulis-Nya pada kali pertama. Dia menuliskan Sepuluh Hukum yang diberikan-Nya kepada kamu ketika Dia berfirman kepada kamu dari api, pada hari kamu berkumpul di gunung. TUHAN memberikan batu tulis itu kepadaku,

5lalu aku turun dari gunung. Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN, aku meletakkan batu tulis itu di dalam tabut yang telah aku buat. Batu tulis itu disimpan di dalam tabut sejak masa itu sampai sekarang.”

(

6 TUHAN melantik orang daripada suku Lewi untuk menjaga Tabut Perjanjian, dan untuk mengabdi kepada-Nya sebagai imam, dan juga untuk mengucapkan berkat demi nama-Nya. Hingga sekarang suku Lewi masih menjalankan tugas itu.

9Itulah sebabnya suku Lewi tidak mendapat tanah seperti suku-suku lain, kerana mereka menerima hak istimewa untuk menjadi imam TUHAN seperti yang dijanjikan oleh TUHAN, Allah kamu.)

10 Kel 34.28 “Aku tinggal di atas gunung itu selama empat puluh hari dan empat puluh malam seperti kali pertama dahulu. TUHAN mendengarkan aku sekali lagi dan bersetuju tidak membinasakan kamu.

11Kemudian Dia menyuruh aku pergi dan menjadi pemimpin kamu, supaya kamu boleh memiliki tanah yang sudah dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kamu.”

Tuntutan Allah

12“Sekarang, hai umat Israel, dengarlah tuntutan TUHAN, Allah kamu daripada kamu: Hormatilah TUHAN dan laksanakanlah segala perintah-Nya. Kasihilah Dia dan mengabdilah kepada-Nya dengan segenap hati;

13patuhilah segala hukum-Nya. Aku memberikan hukum-hukum itu kepada kamu hari ini untuk kepentingan kamu.

14Langit yang tertinggi sekalipun milik TUHAN; bumi dan segala yang ada di atasnya juga milik Dia.

15Namun kasih TUHAN terhadap nenek moyang kamu sedemikian besar sehingga Dia memilih kamu dari antara semua bangsa, dan kamu tetap umat pilihan-Nya.

16Oleh itu, mulai sekarang, taatlah kepada TUHAN dan jangan keras kepala lagi.

171 Tim 6.15; Why 17.14, 19.16; Kis 10.34; Rm 2.11; Gal 2.6; Ef 6.9 TUHAN, Allah kamu itu berkuasa atas semua tuhan lain dan semua kekuasaan. Dia agung dan berkuasa, dan Dia harus ditaati. Dia tidak berat sebelah dan tidak menerima rasuah.

18Dia memastikan agar anak yatim piatu dan balu diperlakukan dengan adil. Dia mengasihi orang asing yang tinggal bersama dengan bangsa kita; Dia memberi mereka makanan dan pakaian.

19Oleh itu, kamu harus mengasihi orang asing tersebut kerana kamu sendiri pernah menjadi orang asing di Mesir.

20Hormatilah TUHAN, Allah kamu, dan beribadatlah kepada Dia sahaja. Setialah kepada-Nya dan bersumpahlah demi nama-Nya sahaja.

21Pujilah Dia kerana Dia Allah kamu, dan dengan mata sendiri, kamu sudah menyaksikan perkara-perkara besar dan mengagumkan yang dilakukan-Nya untuk kamu.

22Kej 15.5, 22.17, 46.27 Ketika nenek moyang kamu pergi ke Mesir, bilangan mereka hanya tujuh puluh orang, tetapi sekarang TUHAN, Allah kamu sudah menjadikan kamu sebanyak bintang di langit.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help