YESAYA 15 - Today's Malay Version 1996

Allah Akan Memusnahkan Moab

1Inilah perkhabaran TUHAN tentang Moab.

Kota Ar dan Kir dimusnahkan dalam satu malam. Seluruh negeri Moab menjadi sunyi.

2Penduduk Dibon mendaki bukit untuk menangis di tempat penyembahan dewa. Penduduk Moab meratapi kota Nebo dan Medeba. Mereka telah mencukur rambut dan janggut sebagai tanda berduka.

3Orang di jalan memakai kain guni. Di tanah lapang dan di bumbung rumah, orang meratap dan menangis.

4Tangisan orang di Hesybon dan Eleale terdengar sampai ke Yahas. Bahkan askar-askar pun gementar; mereka hilang semangat.

5Aku mengasihani Moab. Penduduknya sudah lari ke Zoar dan Eglat-Selisia. Ada yang mendaki jalan ke Luhit sambil menangis. Ada pula yang lari ke Horonaim sambil menjerit-jerit dengan sedih kerana ditimpa bencana.

6Sungai Nimrim sudah kering. Rumput di tepinya sudah layu dan tidak ada lagi tumbuhan yang hijau.

7Orang menyeberangi Sungai Haarabim untuk menyelamatkan diri dengan segala harta mereka.

8Di serata perbatasan Moab kedengaran suara tangisan. Tangisan itu kedengaran juga di Eglaim dan Beer-Elim.

9Di kota Dibon, air sungai menjadi merah kerana bercampur darah. Namun Allah akan mendatangkan hal yang lebih dahsyat lagi bagi penduduk di sana. Sesungguhnya setiap orang yang masih hidup di Moab akan mati dibantai.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help