YEREMIA 45 - Today's Malay Version 1996

Janji Allah kepada Barukh

1 2 Raj 24.1; 2 Taw 36.5-7; Dan 1.1-2 Pada tahun keempat pemerintahan Raja Yoyakim putera Raja Yosia sebagai raja Yehuda, Barukh menuliskan apa yang telah aku imlakkan itu. Kemudian aku memberitahu dia

2bahawa demikianlah firman TUHAN, Allah Israel, “Hai Barukh,

3engkau berkata, ‘Aku putus asa. TUHAN telah menambah kesedihan kepada kesusahanku. Aku sudah penat mengeluh. Aku tidak mendapat ketenangan.’

4Tetapi sekarang Aku, TUHAN, sedang merobohkan apa yang telah Aku bina; Aku sedang mencabut apa yang telah Aku tanam. Aku akan melakukan perkara itu kepada seluruh bumi ini.

5Adakah engkau ingin diistimewakan? Jangan, kerana Aku mendatangkan bencana kepada semua umat manusia. Tetapi bagi engkau, setidak-tidaknya, ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan selamat dan tetap hidup. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help