1 TUHAN akan mengurniakan kebijaksanaan kepada dia
juga pengetahuan dan kecekapan untuk memerintah umatnya.
Dia mengenal kehendak TUHAN
dan menghormati Dia.
3Dia suka mentaati TUHAN.
Dia tidak menghakimi orang secara sekilas pandang
ataupun berdasarkan kata orang.
4 bersama-sama,
dan kanak-kanak akan menjaga semuanya.
7Lembu dan beruang akan makan bersama-sama,
dan anak lembu akan berbaring di samping anak beruang.
Singa akan makan rumput seperti lembu.
8Bahkan bayi tidak akan cedera,
apabila bermain dekat ular berbisa.
9 Elam, Babilonia, dan Hamat, serta di kawasan pantai dan di pulau-pulau.
12TUHAN akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel dan Yehuda yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang.
13Kerajaan Israel tidak lagi iri hati terhadap Yehuda, dan Yehuda pun tidak lagi memusuhi Israel.
14Mereka bersama-sama akan menyerang orang Filistin di sebelah barat dan menjarahi penduduk di sebelah timur. Mereka akan mengalahkan penduduk Edom dan Moab. Penduduk Amon akan takluk kepada mereka.
15Why 16.12 TUHAN akan mengeringkan Teluk Suez. Dia akan membuat angin panas bertiup sehingga Sungai Efrat menjadi tujuh batang anak sungai yang cetek, dan sesiapa pun dapat menyeberanginya dengan berjalan kaki.
16Bagi umat-Nya yang masih hidup akan ada lebuh raya untuk keluar dari Asyur, seperti pada waktu nenek moyang bangsa Israel keluar dari Mesir.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.