1 YOHANES Kata Pengantar - Today's Malay Version 1996

Kata Pengantar Surat Yohanes yang Pertama mempunyai dua tujuan utama, iaitu untuk menggalakkan para pembacanya supaya hidup bersatu dengan Allah dan Anak-Nya, Yesus Kristus, dan untuk memperingatkan mereka terhadap ajaran sesat yang dapat memusnahkan hubungan mereka dengan Allah dan Anak-Nya itu. Ajaran sesat itu berdasarkan kepercayaan bahawa kejahatan ditimbulkan oleh perhubungan dengan dunia ini. Dengan demikian Yesus, Anak Allah, tidak mungkin telah menjadi manusia. Guru-guru yang menyebarkan ajaran sesat itu berkata bahawa untuk diselamatkan, orang mesti bebas daripada kekhuatiran tentang kehidupan di dunia. Mereka juga mengajar orang bahawa penyelamatan tidak ada hubungannya dengan hal-hal tentang kesusilaan atau kasih bagi sesama manusia.Untuk menentang ajaran itu, Yohanes menjelaskan bahawa Yesus betul-betul sudah menjadi manusia. Dia juga menekankan pentingnya hal ini: Orang yang percaya kepada Yesus dan mengasihi Allah mesti saling mengasihi.KandunganPendahuluan 1.1-4

Cahaya dan Kegelapan 1.5—2.29

Anak-Anak Allah dan Anak-Anak Iblis 3.1-24

Yang Benar dan Yang Salah 4.1-6

Kewajipan untuk Mengasihi 4.7-21

Iman yang Membawa Kemenangan 5.1-21

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help