KEJADIAN 19 - Today's Malay Version 1996

Dosa Sodom

1Apabila dua malaikat itu tiba di Sodom pada petang itu, Lot sedang duduk di pintu gerbang kota. Sebaik sahaja dia nampak mereka, dia bangun dan pergi berjumpa dengan mereka. Dia bersujud di hadapan mereka

2dan berkata, “Tuan-tuan, sila singgah di rumah saya. Tuan-tuan dapat membasuh kaki dan bermalam di rumah saya. Jika mahu, esok tuan-tuan dapat bangun awal dan meneruskan perjalanan.”

Tetapi mereka menjawab, “Terima kasih, tetapi kami akan bermalam di sini saja, di padang kota.”

3Lot mendesak mereka, maka akhirnya mereka masuk bersama dengan dia ke dalam rumahnya. Lot menyediakan hidangan lazat dan membakar roti secukupnya, lalu mereka makan.

4Sebelum para tetamu itu tidur, orang Sodom mengepung rumah itu. Semua orang lelaki di kota itu, baik yang tua mahupun yang muda berada di situ.

5Mereka memanggil Lot dan bertanya, “Di manakah orang yang datang bermalam di rumahmu? Serahkan mereka kepada kami, supaya kami dapat bersemburit dengan mereka!”

6Lot keluar dari rumahnya lalu menutup pintu.

7Dia berkata kepada orang Sodom di situ, “Saudara-saudara, saya mohon, janganlah lakukan perbuatan sejahat itu!

8Sodom dan Gomora Hancur

23Matahari sedang terbit ketika Lot tiba di Zoar.

24Tiba-tiba TUHAN menurunkan hujan belerang yang berapi ke atas Sodom dan Gomora.

25 ini yang dapat mengahwini kita supaya kita mempunyai anak.

32Marilah kita membuat ayah mabuk, lalu kita tidur dengan dia supaya kita mendapat anak daripadanya.”

33Pada malam itu mereka memberi bapa mereka minum wain, lalu anak perempuan yang sulung berseketiduran dengan bapanya, tetapi bapanya terlalu mabuk sehingga dia tidak tahu akan apa-apa pun yang berlaku.

34Esoknya anak perempuan yang sulung berkata kepada adiknya, “Aku sudah tidur dengan ayah semalam. Pada malam ini kita membuat dia mabuk lagi. Kemudian engkau pergi tidur dengan dia, supaya kita masing-masing mendapat anak.”

35Demikianlah pada malam itu mereka membuat bapa mereka mabuk lagi, lalu anak perempuan yang bongsu pula berseketiduran dengan dia. Sekali lagi Lot menjadi terlalu mabuk sehingga dia tidak tahu akan apa-apa pun yang berlaku.

36Kemudian kedua-dua orang anak Lot itu mengandung kerana bapa mereka sendiri.

37Anak perempuan yang sulung melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya Moab. Dialah yang menjadi nenek moyang bangsa Moab yang ada sekarang.

38Anak perempuan yang bongsu juga melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya Ben-Ami. Dialah yang menjadi nenek moyang bangsa Amon yang ada sekarang.

Blog
About Us
Message
Site Map