KEJADIAN 50 - Today's Malay Version 1996

1Yusuf merebahkan diri ke atas badan bapanya sambil menangis dan mencium muka bapanya.

2Kemudian Yusuf memberikan perintah kepada pakar pengawet jenazah untuk mengawet jenazah Yakub.

3Pengawetan itu memakan masa empat puluh hari, masa yang diperlukan untuk mengawetkan jenazah. Orang Mesir berkabung bagi Yakub selama tujuh puluh hari.

4Apabila selesai masa berkabung, Yusuf berkata kepada para pegawai raja, “Sampaikanlah pesan ini kepada raja.

5

12Demikianlah anak-anak lelaki Yakub melakukan apa yang dipesankan Yakub kepada mereka.

13Kis 7.16 Mereka membawa jenazah Yakub ke Kanaan dan mengebumikannya di dalam gua Makhpela, di sebelah timur Mamre, di ladang yang dibeli oleh Abraham daripada Efron orang Het, untuk dijadikan tanah perkuburan.

14Selepas Yusuf mengebumikan bapanya, dia kembali ke Mesir bersama dengan saudara-saudaranya, dan semua orang yang mengikuti dia untuk pengebumian bapanya.

Yusuf Menenteramkan Hati Saudara-Saudaranya

15Setelah bapa mereka meninggal, saudara-saudara Yusuf berkata, “Bagaimanakah sekiranya Yusuf masih berdendam dan mahu membalas kejahatan kita dahulu?”

16Oleh itu mereka mengirim pesan ini kepada Yusuf, “Sebelum bapa kita meninggal,

17dia menyuruh kami mengatakan hal ini kepadamu, ‘Ampunkanlah kesalahan yang dahulu dilakukan saudara-saudaramu terhadapmu.’ Oleh itu, sebagai hamba-hamba Allah yang disembah oleh bapa kita, kami mohon, ampunkanlah kesalahan yang sudah kami lakukan.” Yusuf menangis ketika menerima pesan itu.

18Kemudian saudara-saudaranya sendiri datang dan sujud di hadapannya. Mereka berkata, “Kami ini hamba tuan.”

19Tetapi Yusuf berkata kepada mereka, “Jangan takut, kerana aku tidak dapat bertindak sebagai Allah.

20Kamu sudah bermuafakat untuk melakukan kejahatan kepadaku, tetapi Allah mengubah kejahatan itu menjadi kebaikan, supaya banyak orang dapat diselamatkan seperti yang terbukti sekarang.

21Jangan khuatir. Aku akan mencukupi keperluan kamu dan anak-anak kamu.” Demikianlah Yusuf menenteramkan hati mereka dengan kata-kata yang ramah, sehingga mereka terharu.

Yusuf Meninggal

22Yusuf tetap tinggal di Mesir dengan sanak saudaranya; dia hidup sampai berumur seratus sepuluh tahun.

23Yusuf masih sempat melihat anak cucu Efraim. Yusuf sempat juga mengasuh anak-anak Makhir, iaitu cucu Manasye, sebagai anaknya sendiri.

24Yusuf berkata kepada saudara-saudaranya, “Aku hampir meninggal, tetapi Allah pasti akan menjaga kamu dan memimpin kamu keluar dari negeri ini, ke negeri yang telah dijanjikan-Nya dengan sumpah kepada Abraham, Ishak, dan Yakub.”

25Kel 13.19; Yos 24.32; Ibr 11.22 Oleh itu Yusuf menyuruh semua sanak saudaranya bersumpah, katanya, “Berjanjilah kepadaku, bahawa apabila Allah memimpin kamu ke negeri itu, kamu akan membawa jenazahku juga.”

26Kemudian Yusuf meninggal di Mesir ketika dia berusia seratus sepuluh tahun. Mereka mengawet jenazahnya dan meletakkannya di dalam peti jenazah.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help