AYUB 18 - Today's Malay Version 1996

Bildad

1Kemudian Bildad menjawab,

2“Ayub, tidak bolehkah engkau berhenti bercakap?

Jika engkau diam dan mendengar, kami akan bercakap.

3Mengapakah engkau berfikir bahawa kami dungu,

dan menyamakan kami dengan lembu?

4Kemarahan hanya menyakiti dirimu.

Adakah bumi kehilangan penduduknya kerana engkau marah?

Adakah gunung-gunung dipindahkan dari tempatnya untuk memuaskan hatimu?

5Hidup orang jahat yang seperti nyala pelita, akan dipadamkan;

mereka seperti api yang tidak lagi menyala.

6

16Akar mereka kering dan kisut,

cabang mereka layu dan lisut.

17Mereka tidak dikenal lagi di bumi;

tiada seorang pun yang mengingati mereka lagi.

18Dari tanah orang yang hidup, mereka akan dihalaukan,

diusir dari cahaya ke dalam kegelapan.

19Mereka tidak mempunyai sanak atau anak cucu,

dan tiada lagi yang hidup di tempat mereka dahulu.

20Mendengar nasib mereka, penduduk di barat terkejut,

dan penduduk di timur gementar kerana takut.

21Itulah kesudahan orang derhaka,

mereka yang tidak mempedulikan Allah.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help