KIDUNG AGUNG 2 - Today's Malay Version 1996

1Aku bunga mawar di Saron,

bunga bakung di lembah gunung.

Lelaki

2Seperti bunga bakung antara semak berduri,

demikianlah sayangku antara puteri.

Wanita

3Bagaikan pokok epal antara pokok-pokok hutan,

demikianlah sayangku antara kaum lelaki.

Aku suka bernaung di bawahnya,

buah-buahnya manis rasanya.

4Dia membawa aku ke dewan pesta,

pandangannya padaku penuh cinta.

5Kuatkanlah aku dengan kismis,

segarkanlah aku dengan epal,

kerana aku sakit asmara.

6Tangan kirinya menopang kepalaku,

tangan kanannya membelai aku.

7Berjanjilah,

hai puteri-puteri Yerusalem,

demi rusa dan kijang di padang

bahawa kamu tidak akan mengganggu cinta kami.

Nyanyian KeduaWanita

8Aku mendengar suara kekasihku.

Dia lari kepadaku melalui bukit dan gunung.

9Kekasihku seperti kijang;

dia seperti anak rusa.

Di balik tembok dia berdiri,

dengan matanya dia menatap,

dan mengintip dari kisi-kisi tingkap.

10Kekasihku berkata-kata kepadaku.

Lelaki

Marilah, hai sayangku,

marilah jelitaku, marilah.

11Musim sejuk sudah berlalu;

hujan pun sudah berhenti.

12Bunga di padang sudah mekar.

Inilah masanya untuk menyanyi;

bunyi tekukur terdengar di padang.

13Buah ara mula masak;

pokok anggur semerbak harum bunganya.

Marilah, hai sayangku,

marilah jelitaku, marilah.

14Engkau seperti burung merpati

yang bersembunyi di celah-celah bukit batu.

Biarlah kulihat wajahmu yang cantik itu,

biarlah kudengar suaramu yang merdu.

15Tangkaplah rubah-rubah yang kecil itu,

rubah yang merosakkan ladang anggur,

kerana pokok anggur kita sedang berbunga.

Wanita

16Kekasihku kepunyaanku,

dan aku kepunyaannya.

Dia menggembala dombanya di tengah-tengah bunga bakung

17sehingga angin fajar bertiup dan kegelapan pun hilang.

Kembalilah, hai sayangku,

seperti kijang,

seperti anak rusa di pergunungan Beter.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help