MIKHA 1 - Today's Malay Version 1996

1 bergulinglah dalam debu sebagai tanda putus asa.

11Hai penduduk Safir, pergilah ke negeri pembuangan sambil bertelanjang dan berasa malu. Penduduk Zaanan tidak berani pergi ke luar kota. Apabila kamu mendengar penduduk Bet-Haezel meratap, kamu akan tahu bahawa tidak ada tempat perlindungan di situ.

12Penduduk Marot cemas semasa menantikan pertolongan, kerana bencana yang didatangkan TUHAN sudah menghampiri Yerusalem.

13Hai penduduk Lakhis, pasanglah kuda pada kereta kuda. Dengan meniru dosa orang di Israel, kamu menyebabkan orang di Yerusalem berdosa.

14Sekarang hai penduduk Yehuda, ucapkanlah selamat tinggal kepada kota Moresyet-Gat. Raja-raja Israel tidak akan mendapat pertolongan dari kota Akhzib.

15Hai penduduk Maresya, TUHAN akan menyerahkan kamu kepada musuh yang merebut kota kamu. Para pemimpin Israel yang kenamaan akan bersembunyi di dalam gua di Adulam.

16Hai penduduk Yehuda, guntinglah rambut kamu sebagai tanda berkabung untuk anak-anak yang kamu kasihi. Cukurlah kepala kamu sampai botak sama sekali, kerana anak-anak kamu akan dibuang negeri.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help