YEHEZKIEL 15 - Today's Malay Version 1996

Perumpamaan tentang Pokok Anggur

1TUHAN berfirman kepadaku,

2“Hai manusia fana, apakah perbezaan pokok anggur dengan pokok lain? Apakah gunanya carang pokok anggur jika dibandingkan dengan pokok-pokok di hutan?

3Bolehkah carang pokok anggur itu digunakan untuk membuat apa-apa? Bolehkah carangnya dijadikan pasak untuk menggantung barang?

4Carang tidak ada gunanya selain dijadikan kayu bakar. Apabila kedua-dua hujungnya habis terbakar dan bahagian tengahnya hangus, masihkah ada gunanya?

5Sebenarnya, sebelum dibakar carang pokok anggur tidak berguna sama sekali. Apalagi setelah dibakar, carang itu lebih lagi tidak berguna!”

6Inilah firman TUHAN Raja, “Sebagaimana carang pokok anggur diambil dari hutan dan dibakar, demikian juga Aku akan memperlakukan penduduk Yerusalem,

7dan menghukum mereka. Walaupun mereka telah terluput daripada api, mereka akan dibakar oleh api juga. Apabila Aku menghukum mereka kelak, barulah engkau tahu bahawa Akulah TUHAN.

8Mereka tidak setia kepada-Ku. Oleh itu Aku akan menjadikan negeri mereka padang gurun.” TUHAN Raja telah berfirman.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help