1Yakub meneruskan perjalanannya. Kemudian malaikat-malaikat Allah datang berjumpa dengan dia.
2Apabila Yakub nampak malaikat-malaikat itu, dia berkata, “Ini perkhemahan Allah.” Oleh itu dia menamakan tempat itu Mahanaim.
3Selepas itu, Yakub menyuruh beberapa orang utusan berjalan mendahului dia ke negeri Edom untuk berjumpa dengan Esau, abangnya.
4Yakub berkata kepada mereka, “Katakanlah kepada abangku Esau begini, ‘Saya Yakub, hamba tuan. Selama ini saya telah tinggal bersama dengan Laban.
5Sekarang saya mempunyai lembu, keldai, domba, kambing, dan hamba. Saya mengirim khabar kepada tuan dengan harapan agar tuan akan baik hati kepada saya.’ ”
6Apabila para utusan kembali kepada Yakub, mereka berkata, “Kami sudah menemui Esau, abang tuan. Sekarang dia dalam perjalanan ke sini untuk berjumpa dengan tuan. Dia datang bersama dengan empat ratus orang.”
7Setelah mendengar khabar itu, Yakub sangat ketakutan dan khuatir. Kemudian orang yang ada bersama dengan dia dibahaginya menjadi dua kumpulan. Demikian juga yang dilakukannya dengan domba, kambing, lembu, dan untanya.
8Dia berfikir, “Jika Esau datang dan menyerang kumpulan yang pertama, kumpulan yang kedua mungkin sempat menyelamatkan diri.”
9Kemudian Yakub berdoa, “Ya Allah, yang disembah oleh datukku Abraham dan bapaku Ishak, dengarlah aku! TUHAN sudah menyuruh aku pulang ke negeriku dan sanak saudaraku. Engkau sudah berjanji mengatur segala sesuatu dengan baik bagiku.
10Aku tidak layak menerima segala kasih dan kesetiaan yang sudah Engkau tunjukkan kepadaku, hamba-Mu. Pada masa aku berangkat menyeberangi Sungai Yordan, aku tidak membawa apa-apa selain sebatang tongkat. Sekarang aku datang kembali bersama dengan dua kumpulan ini.
11Aku mohon, selamatkanlah aku daripada abangku, Esau. Aku takut jangan-jangan dia datang menyerang dan membinasakan kami semua, termasuk wanita serta anak-anak.
12
29
31Pada waktu matahari terbit, Yakub meninggalkan Peniel. Dia pincang kerana sendi pinggulnya terkehel.
32Sampai sekarang keturunan Israel tidak makan daging yang menutupi sendi pinggul binatang, kerana Yakub kena pukul pada pinggulnya.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.