1 PETRUS Kata Pengantar - Today's Malay Version 1996

Kata Pengantar Surat Petrus yang Pertama ditujukan kepada orang Kristian yang tercerai-cerai di seluruh bahagian utara Asia Kecil. Mereka disebut “umat pilihan Allah”. Surat ini bertujuan untuk menggalakkan para pembacanya yang sedang mengalami penganiayaan dan penderitaan kerana percaya kepada Kristus. Petrus mengingatkan para pembacanya akan Berita Baik tentang Yesus. Kematian, kebangkitan, dan janji Kristus akan datang kembali memberikan harapan kepada mereka. Oleh itu mereka mesti tabah menanggung penderitaan, dan sedar bahawa penderitaan itu suatu ujian bagi ketulusan kepercayaan mereka kepada Kristus. Mereka pun harus yakin bahawa mereka akan menerima pahala pada hari Yesus Kristus datang kembali.Di samping menggalakkan para pembacanya yang sedang mengalami kesusahan, Petrus juga meminta supaya mereka hidup sebagai pengikut Kristus.KandunganPendahuluan 1.1-2

Peringatan tentang Allah Menyelamatkan Manusia 1.3-12

Nasihat supaya Hidup Suci 1.13—2.10

Kewajipan Orang Kristian pada Masa Penderitaan 2.11—4.19

Kerendahan Hati dan Pelayanan Orang Kristian 5.1-11

Penutup 5.12-14

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help