BILANGAN 27 - Today's Malay Version 1996

Anak-Anak Perempuan Zelafehad

1Zelafehad mempunyai lima orang anak perempuan: Mahla, Noa, Hogla, Milka, dan Tirza. Bapa Zelafehad ialah Hefer, bapa Hefer ialah Gilead, bapa Gilead ialah Makhir, bapa Makhir ialah Manasye, bapa Manasye ialah Yusuf.

2Kelima-lima orang anak Zelafehad itu pergi menghadap Musa, Imam Eleazar, para pemimpin Israel, dan segenap umat yang berkumpul dekat pintu Khemah TUHAN. Mereka berkata,

3“Bapa kami meninggal di padang gurun tanpa mempunyai anak lelaki. Dia bukan pengikut Korah yang memberontak terhadap TUHAN. Bapa kami meninggal kerana dosanya sendiri.

4Tetapi mengapakah namanya lenyap daripada umat Israel hanya kerana dia tidak mempunyai anak lelaki? Berilah kami bahagian tanah bersama dengan sanak saudara bapa kami.”

5Musa menyampaikan perkara mereka itu kepada TUHAN,

6lalu TUHAN berfirman kepadanya,

7 Dengan cara ini Eleazar akan memberikan petunjuk kepada Yosua dan segenap umat Israel dalam segala perkara yang dihadapi mereka.”

22Musa melaksanakan perintah TUHAN. Dia menyuruh Yosua berdiri di hadapan Imam Eleazar dan segenap umat.

23Ul 31.23 Kemudian Musa meletakkan tangannya di atas kepala Yosua dan mengisytiharkan Yosua sebagai penggantinya, menurut perintah TUHAN kepadanya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help