ULANGAN 28 - Today's Malay Version 1996

Berkat bagi Orang yang Taat(Im 26.3-13; Ul 7.12-24)

1“Jika kamu taat kepada TUHAN, Allah kamu, dan setia melakukan segala perintah-Nya yang aku berikan kepada kamu hari ini, maka Dia akan menjadikan kamu bangsa yang paling masyhur di dunia.

2Taatilah TUHAN, Allah kamu, maka segala berkat ini akan diberikan kepada kamu:

3Diberkatilah kota dan ladang kamu.

4Diberkatilah kamu sehingga anak kamu banyak, hasil tanaman kamu berlimpah-limpah, dan lembu serta domba kamu banyak.

5Diberkatilah tuaian gandum kamu, dan makanan yang kamu buat daripadanya.

6Diberkatilah segala usaha kamu.

7TUHAN akan mengalahkan musuh apabila mereka menyerang kamu. Mereka akan melancarkan serangan dengan teratur, tetapi kemudian lari bertempiaran.

8TUHAN, Allah kamu akan memberkati usaha kamu dan memenuhi gudang-gudang kamu dengan gandum. Dia akan memberkati kamu di tanah yang diberikan-Nya kepada kamu.

9Jika kamu taat kepada TUHAN, Allah kamu dan melakukan segala perintah-Nya, Dia akan menjadikan kamu umat-Nya sendiri seperti yang sudah dijanjikan-Nya.

10Kemudian semua bangsa di dunia akan tahu bahawa TUHAN sudah memilih kamu menjadi umat-Nya sendiri, dan mereka akan takut terhadap kamu.

11TUHAN akan mengurniai kamu anak yang banyak. Ternakan kamu akan banyak, dan hasil tanaman kamu berlimpah-ruah di tanah yang telah dijanjikan TUHAN kepada nenek moyang kamu untuk diberikan kepada kamu.

12TUHAN akan menurunkan hujan pada musimnya dari tempat-tempat penyimpanan hujan di langit; Dia akan memberkati segala usaha kamu supaya kamu dapat memberi pinjaman kepada banyak bangsa, tetapi kamu sendiri tidak usah meminjam apa-apa daripada sesiapa pun.

13TUHAN, Allah kamu akan menjadikan kamu pemimpin antara bangsa-bangsa dan bukan pengikut. Kamu akan sentiasa berjaya dan tidak pernah gagal, jika kamu taat dengan setia kepada segala perintah TUHAN yang aku berikan kepada kamu hari ini.

14 akan menindas kamu dengan kejam sehingga kamu binasa.

49TUHAN akan mendatangkan suatu bangsa dari hujung bumi untuk melawan kamu, bangsa yang bahasanya tidak kamu fahami. Seperti burung helang, mereka akan menyambar kamu.

50Mereka kejam dan tidak menaruh belas kasihan terhadap sesiapa pun, baik orang tua mahupun anak-anak.

51Mereka akan mengambil ternakan dan hasil tanaman kamu, tetapi kamu akan mati kelaparan. Mereka tidak akan meninggalkan gandum, wain, minyak zaitun, lembu, ataupun domba bagi kamu, dan kamu akan mati.

52Mereka akan menyerang tiap-tiap kota di tanah yang diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada kamu, dan tembok-tembok tinggi serta kukuh yang kamu harap-harapkan itu akan roboh.

53Apabila musuh mengepung kota kamu, kamu akan putus asa kerana kelaparan sehingga kamu makan anak-anak yang diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu.

54-55Bahkan seorang lelaki bangsawan yang paling luhur budinya, akan menjadi begitu terdesak apabila kotanya dikepung, sehingga dia makan anak-anaknya sendiri kerana tidak ada lagi makanan lain. Dia tidak mahu membahagikannya dengan saudaranya sekalipun, atau isteri yang dikasihinya, atau dengan anak-anaknya yang masih hidup.

56-57 sudah berfirman bahawa kamu tidak akan ke sana lagi. Di sana kamu akan cuba menjual diri sebagai hamba kepada musuh, tetapi tidak seorang pun yang mahu membeli kamu.”

Blog
About Us
Message
Site Map