YEHEZKIEL 9 - Today's Malay Version 1996

Yerusalem Dihukum

1Kemudian aku mendengar Allah berseru, “Marilah, kamu yang akan menghukum kota ini. Bawalah senjata kamu.”

2Segera enam orang lelaki datang dari sebelah luar pintu gerbang utara Rumah TUHAN, dan masing-masing membawa senjata. Mereka disertai oleh seorang yang berpakaian linen dan membawa alat untuk menulis. Mereka semua datang dan berdiri dekat mazbah gangsa.

3Lalu cahaya yang berkilauan, yang menandakan hadirat Allah Israel, terangkat ke atas daripada kerub-kerub dan bergerak dari tempatnya lalu menuju ke pintu masuk Rumah TUHAN. TUHAN memanggil orang yang berpakaian linen itu, dan berfirman,

4

8Sedang pembunuhan itu berlaku, aku berada di situ seorang diri. Aku bersujud sambil berseru, “Ya TUHAN Raja, adakah Engkau sangat murka terhadap Yerusalem sehingga Engkau mahu membunuh setiap orang yang masih hidup di Israel?”

9Allah menjawab, “Penduduk Israel dan Yehuda telah melakukan dosa yang amat besar. Mereka melakukan pembunuhan di seluruh negeri, dan memenuhi Yerusalem dengan jenayah. Mereka berkata bahawa Aku, TUHAN, telah meninggalkan negeri mereka, dan Aku tidak nampak mereka.

10Tetapi Aku tidak akan mengasihani mereka. Aku akan memperlakukan mereka sebagaimana mereka memperlakukan orang lain.”

11Kemudian orang yang berpakaian linen itu kembali dan memberikan laporan kepada TUHAN, “Aku sudah melaksanakan perintah-Mu.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help