1Pada tahun kedua puluh tiga pemerintahan Raja Yoas putera Raja Ahazia di Yehuda, Raja Yehoahas putera Raja Yehu menjadi raja di Israel, dan baginda memerintah di Samaria selama tujuh belas tahun.
2Seperti Raja Yerobeam yang memerintah sebelumnya, Raja Yehoahas juga berdosa terhadap TUHAN dan menyebabkan umat Israel berdosa. Baginda tidak pernah meninggalkan kejahatannya.
3Oleh itu TUHAN murka terhadap Israel. TUHAN membiarkan Raja Hazael, raja Siria dan Raja Benhadad putera Raja Hazael, mengalahkan Israel berulang kali.
4Selepas itu Raja Yehoahas berdoa kepada TUHAN, dan TUHAN tahu betapa kejamnya raja Siria menindas orang Israel. Kemudian TUHAN mengabulkan doa Raja Yehoahas.
5TUHAN menghantar seorang pemimpin yang membebaskan Israel daripada penindasan orang Siria. Sejak itu Israel hidup dengan tenteram seperti sediakala.
6Tetapi mereka masih belum bertaubat daripada dosa yang disebabkan oleh Raja Yerobeam. Mereka tidak berhenti berdosa, dan patung Dewi Asyera masih ada di Samaria.
7Raja Yehoahas tidak lagi mempunyai angkatan perang kecuali lima puluh orang askar berkuda, sepuluh kereta kuda, dan sepuluh ribu orang askar berjalan kaki. Raja Siria telah memusnahkan angkatan perang Raja Yehoahas dan memijak-mijak mereka seperti debu.
8Segala perbuatan Raja Yehoahas, termasuk keperkasaan baginda, tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.
9Raja Yehoahas mangkat dan dimakamkan di Samaria. Yehoas, puteranya menggantikan baginda sebagai raja.
Raja Yehoas, Raja Israel10Pada tahun ketiga puluh tujuh pemerintahan Raja Yoas di Yehuda, Raja Yehoas putera Raja Yehoahas menjadi raja di Israel, dan baginda memerintah di Samaria selama enam belas tahun.
11Raja Yehoas juga berdosa terhadap TUHAN, dan mengikut perbuatan Raja Yerobeam yang telah menyebabkan orang Israel berdosa.
12Segala perbuatan Raja Yehoas, termasuk kepahlawanan baginda dalam peperangan menentang Raja Amazia dari Yehuda, tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.
13Raja Yehoas mangkat dan dimakamkan di permakaman diraja di Samaria, dan Yerobeam II, puteranya menggantikan baginda sebagai raja.
Elisa Meninggal14 Sebaik sahaja mayat itu terkena pada tulang-tulang Elisa, mayat itu hidup semula dan berdiri tegak.
Peperangan antara Israel dan Siria22Selama pemerintahan Raja Yehoahas, Raja Hazael dari Siria menindas orang Israel.
23Tetapi TUHAN baik hati kepada orang Israel dan Dia berbelas kasihan kepada mereka. Dia tidak membiarkan orang Israel dibinasakan. Dia menolong mereka kerana perjanjian-Nya dengan Abraham, Ishak, dan Yakub. TUHAN tidak pernah melupakan umat-Nya.
24Apabila Raja Hazael dari Siria mangkat, Benhadad, puteranya menjadi raja.
25Pada masa itu Raja Yehoas dari Israel, mengalahkan Raja Benhadad tiga kali. Raja Yehoas merampas semula kota-kota yang telah ditawan oleh Raja Benhadad pada masa pemerintahan Raja Yehoahas, ayahanda Raja Yehoas.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.