1Raja Salomo telah menjadi raja seluruh negeri Israel.
2Inilah para pegawai Raja Salomo:
Imam: Azarya anak Zadok
3Setiausaha negeri: Elihoref dan Ahia, iaitu anak-anak Sisa
Bendahara negeri: Yosafat anak Ahilud
4Panglima tentera: Benaya anak Yoyada
Para imam: Zadok dan Abyatar
5Ketua pegawai daerah: Azarya anak Natan
Penasihat diraja: Imam Zabud anak Natan
6Pengurus pekerja istana: Ahisar
Pengurus buruh paksa: Adoniram anak Abda
7Raja Salomo melantik dua belas orang menjadi pegawai daerah di Israel. Mereka bertugas menyediakan makanan dari wilayah mereka bagi raja dan seisi istana baginda. Masing-masing pegawai daerah bertanggungjawab selama satu bulan pada tiap-tiap tahun.
8Inilah nama para pegawai itu dan daerahnya:
Ben-Hur: kawasan perbukitan Efraim
9Ben-Deker: kota Makas, Saalbim, Bet-Semes, Elon, dan Bet-Hanan
10Ben-Hesed: kota Arubot dan Sokho, serta seluruh wilayah Hefer
11Ben-Abinadab, suami Tafat, puteri Raja Salomo: seluruh kawasan Dor
12Baana anak Ahilud: kota Taanakh, Megido, dan seluruh kawasan dekat Bet-Sean, dekat kota Sartan, di sebelah selatan Yizreel, sampai kota Abel-Mehola dan Yokmeam
13Ben-Geber: kota Ramot di Gilead, termasuk semua pekan milik puak Yair, puak keturunan Manasye, dan wilayah Argob di Basan; kesemuanya 60 buah kota besar yang bertembok dan pintu gerbang berpalang gangsa
14Ahinadab anak Ido: daerah Mahanaim
15Ahimaas suami Basmat, puteri Raja Salomo: wilayah Naftali
16Baana anak Husai: kawasan Asyer dan kota Alot
17Yosafat anak Paruah: wilayah Isakhar
18Simei anak Ela: wilayah Benyamin
19Geber anak Uri: kawasan Gilead, yang pernah dikuasai oleh Raja Sihon, raja Amori itu dan Raja Og dari Basan.
Selain dua belas orang pegawai daerah itu, seorang pegawai daerah juga dilantik bagi wilayah Yehuda.
Kebesaran Kerajaan Raja Salomo20Penduduk Yehuda dan Israel sangat banyak, sebanyak pasir di pinggir laut. Mereka mempunyai cukup makanan dan minuman, serta hidup senang.
21
29Allah memberi Raja Salomo kebijaksanaan dan hikmat yang luar biasa serta pengetahuan yang amat dalam.
30Raja Salomo menjadi lebih bijak daripada orang bijak di negeri Timur dan orang bijak di negeri Mesir.
31Mzm 89.1 Baginda adalah orang yang paling bijaksana: lebih bijak daripada Etan orang Ezrahi dan Heman, Kalkol dan Darda, anak-anak Mahol. Nama Raja Salomo termasyhur di semua negeri jiran.
32Ams 1.1, 10.1, 25.1; Kid 1.1 Baginda mengarang 3,000 bidalan dan lebih daripada 1,000 mazmur.
33Baginda dapat berbicara tentang pokok dan tumbuh-tumbuhan: daripada pokok sedar yang tumbuh di pergunungan Lebanon sampai kepada rumput hisop yang tumbuh di tembok. Baginda berbicara tentang binatang, burung, reptilia, dan ikan.
34Raja-raja di seluruh dunia mendengar tentang kebijaksanaan Raja Salomo, dan mereka mengutus orang kepada baginda untuk mendengar ucapan baginda.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.