YESAYA 12 - Today's Malay Version 1996

Nyanyian Kesyukuran

1Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi,

“TUHAN, aku bersyukur kepada-Mu,

kerana Engkau menghibur aku.

Dahulu Engkau murka terhadap aku,

tetapi kini sudah reda kemurkaan-Mu.

2 Kel 15.2; Mzm 118.14 Allah ialah Penyelamatku;

aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut.

TUHAN memberikan kuasa dan kekuatan kepadaku;

Dialah Penyelamatku.

3Sebagaimana air menggembirakan orang dahaga,

demikianlah umat Allah bersukacita kerana diselamatkan oleh Allah.”

4Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi,

“Bersyukurlah kepada TUHAN, dan sembahlah Dia!

Khabarkanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa.

Beritahulah mereka kebesaran-Nya.

5Bernyanyilah bagi TUHAN kerana perbuatan-Nya yang besar.

Hendaklah seluruh bumi mendengar tentang perbuatan-Nya itu.

6Hendaklah setiap penduduk Sion bersorak dan bernyanyi.

Allah yang suci,

Allah Israel itu agung,

Dia tinggal di tengah-tengah kamu.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help