1 miliknya harus diambil sebagai jaminan janjinya.
14Salam yang diteriakkan pada pagi-pagi sekali sama dengan kutukan.
15Isteri yang meleter bagaikan titisan air yang tidak henti-henti pada waktu hujan.
16Dia tidak dapat disuruh diam, sama seperti angin tidak dapat ditahan, dan minyak tidak dapat digenggam.
17Sebagaimana besi mengasah besi, demikianlah manusia belajar daripada satu sama lain.
18Orang yang memelihara pokok ara akan makan buahnya; orang yang melayani tuannya akan dihormati.
19Seperti air mencerminkan wajah, demikian juga hati orang mencerminkan orang yang sebenarnya.
20Di dunia orang mati, selalu ada tempat; begitu juga nafsu manusia tidak ada batasnya.
21Emas dan perak diuji dengan api; orang dinilai menurut sikapnya terhadap pujian.
22Walaupun orang bodoh dipukul hingga setengah mati, namun kebodohannya tidak lenyap.
23Peliharalah ternakan kamu baik-baik,
24kerana kekayaan tidak kekal. Bahkan kuasa untuk memerintah pun tidak tetap selama-lamanya.
25Kamu memotong rumput dan mengumpulkannya untuk ternakan kamu, tetapi sementara itu rumput yang baru tumbuh.
26Kamu dapat membuat pakaian daripada bulu domba. Kamu dapat membeli tanah daripada jualan kambing.
27Kambing yang selebihnya akan menghasilkan susu bagi kamu, keluarga kamu, dan pelayan perempuan.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.