MAZMUR 4 - Today's Malay Version 1996

Doa Petang untuk Minta Tolong

1Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud.

2Jawablah apabila aku berseru,

ya Allah, Pembelaku!

Ketika aku susah dahulu,

Engkau datang menolong aku.

Sekarang kasihanilah aku,

dan dengarlah doaku!

3Hai manusia, berapa lamakah

kamu akan menghina aku?

Berapa lama lagi kamu akan mencintai yang tidak berguna itu,

dan mengejar yang palsu?

4Ingatlah bahawa TUHAN telah memilih orang yang taat kepada-Nya sebagai milik-Nya,

dan Dia mendengar ketika aku berseru kepada-Nya.

5 Ef 4.26 Ketika kamu marah,

jangan berdosa.

Renungkanlah hal itu sambil berdiam diri,

sewaktu kamu berbaring di tempat tidur.

6Persembahkanlah korban yang benar

dan percayalah kepada TUHAN.

7Banyak orang berdoa,

“Berilah kami berkat yang lebih, ya TUHAN.

Semoga Engkau berkenan kepada kami.”

8Engkau membuat hatiku lebih girang

daripada orang yang kelimpahan makanan dan minuman.

9Maka aku berbaring dan tidur dengan tenteram;

Engkau sahaja, ya TUHAN, yang memelihara aku dengan aman.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help