1Pada masa depan
gunung tempat Rumah TUHAN
akan menjadi gunung yang tertinggi,
mencuar tinggi melampaui semua gunung.
Banyak bangsa akan berduyun-duyun ke sana,
2lalu mereka akan berkata,
“Marilah kita naik ke bukit TUHAN,
ke Rumah TUHAN, Allah Israel.
Dia akan mengajar kita kehendak-Nya yang harus kita lakukan;
kita akan mengikut jalan yang dipilih-Nya,
kerana ajaran TUHAN itu datang dari Yerusalem;
dari Sion Dia berfirman kepada umat-Nya.”
3 seperti perempuan yang sedang bersalin, kerana sekarang kamu terpaksa meninggalkan kota ini dan tinggal di padang. Kamu terpaksa pergi ke Babel, tetapi di sana TUHAN akan menyelamatkan kamu daripada kuasa musuh.
11Banyak bangsa telah berkumpul untuk menyerang kamu. Mereka berkata, “Yerusalem mesti dimusnahkan! Kami akan melihat kota itu menjadi runtuhan!”
12Tetapi bangsa-bangsa itu tidak tahu apa rancangan TUHAN. Mereka tidak sedar bahawa mereka telah dikumpulkan untuk dihukum, sebagaimana gandum dikumpulkan untuk diirik.
13TUHAN berfirman, “Hai penduduk Yerusalem, pergilah menghukum musuh kamu! Aku akan menjadikan kamu sekuat lembu jantan yang bertanduk besi dan berkuku gangsa. Kamu akan memusnahkan banyak bangsa, dan kekayaan mereka yang diperoleh dengan kekejaman akan kamu persembahkan kepada-Ku, Tuhan alam semesta.”
14Hai penduduk Yerusalem, kumpulkan tenteramu! Kita dikepung! Mereka sedang menyerang pemimpin Israel!
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.