1Suatu tanda besar kelihatan di langit: Seorang perempuan yang berpakaian matahari, bulan di bawah kakinya dan sebuah mahkota dua belas bintang terkalung menghiasi kepalanya.
2Dia sedang hamil dan sudah sampai waktunya untuk melahirkan anak, maka dia berteriak kesakitan.
3 Dan 7:7. Lantas suatu tanda muncul di langit: seekor naga merah yang amat besar, berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh, dan di atas kepalanya ada tujuh mahkota.
4Dan 8:10.Naga itu mengheret sepertiga bintang di langit dengan ekornya dan menghumbankannya ke bumi. Ia menunggu di hadapan perempuan yang hendak bersalin untuk menelan anaknya sebaik-baik dia lahir.
5Yes 66:7. Mzm 2:9.Kemudian perempuan itu melahirkan seorang anak lelaki yang akan memerintah segala bangsa dengan tombak besi. Dan anak itu dibawa ke hadirat Allah dan takhta-Nya.
6Perempuan itu lari ke gurun, ke tempat yang memang ditentukan Allah untuknya. Dia dijaga di situ selama seribu dua ratus enam puluh hari.
Naga dikalahkan7 Dan 10:13,21; 12:1; Yud 1:9. Kemudian perang tercetus di syurga. Mikhail dengan malaikat-malaikatnya berperang dengan naga dan malaikat-malaikatnya.
8Naga itu tewas dalam peperangan. Ia dan malaikat-malaikatnya tidak dibenarkan tinggal di syurga lagi.
9Kej 3:1. Luk 10:18.Dengan demikian tersingkirlah naga besar itu, ular purba yang bernama Iblis atau Syaitan, yang memperdaya umat manusia. Ia dan semua malaikatnya dibuang ke bumi.
Nyanyian kemenangan10 Ayb 1:9-11; Za 3:1. Kemudian aku mendengar suara lantang berkata di syurga,
“Sekarang penyelamatan, kekuatan, kerajaan Allah kita,
dan kuasa Kristus-Nya telah tiba;
kerana penuduh saudara-saudara kita,
yang telah menuduh mereka siang malam di hadapan Allah kita
telah disingkirkan.
11Mereka telah menumpaskannya
dengan darah Anak Domba
dan dengan kata-kata kesaksian mereka,
dan mereka tidak menyayangi nyawa sendiri hingga mati.
12Oleh itu, bergembiralah wahai syurga
dan kamu semua yang tinggal di dalamnya!
Tetapi malanglah penduduk bumi dan laut!
Iblis telah turun kepadamu,
dalam keadaan sangat berang,
kerana ia tahu masanya sudah singkat.”
Naga memburu perempuan13Apabila naga itu sedar ia telah dibuang ke bumi, ia pun memburu perempuan yang melahirkan anak lelaki itu.
14Dan 7:25; 12:7.Tetapi perempuan itu diberi sepasang sayap helang besar untuk terbang ke tempatnya di gurun. Di situ dia dijaga selama tiga tahun setengah jauh dari mata naga itu.
15Naga itu menyemburkan air dari mulutnya seperti air bah untuk menghanyutkan perempuan itu.
16Tetapi bumi membantu perempuan itu dengan membuka mulutnya dan menelan air bah yang disemburkan oleh naga itu.
17Naga itu amat marah terhadap perempuan itu lalu pergi memerangi anak-anaknya yang lain, yang taat kepada perintah Allah dan mempunyai kesaksian Yesus Kristus.
18Kemudian naga itu berdiri di atas pasir di tepi laut.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.