Roma 15 - Alkitab Versi Borneo

Menerima satu sama lain

1Yang kuat dalam kalangan kita hendaklah menampung kelemahan orang yang tidak kuat, dan jangan hanya menyukakan hati sendiri.

2Setiap orang antara kita haruslah menyukakan hati sesama saudaranya demi kebaikannya supaya dia menjadi teguh.

3 Kristus dengan sepenuhnya.

20Aku ingin mengkhabarkan Injil ini ke tempat-tempat nama Kristus belum disebut orang. Dengan demikian aku tidak membina di atas tapak yang telah diletakkan oleh orang lain.

21Yes 52:15.Sebagaimana yang telah tersurat:

“Mereka yang belum pernah mendapat khabar tentang-Nya akan melihat,

dan mereka yang belum pernah mendengar akan mengerti.”

22 Rm 1:13. Itulah sebabnya selalu sahaja tergendala hasratku hendak mengunjungimu.

Rancangan Paulus mengunjungi Roma

23Namun sekarang, kerana tiada lagi tempat bagiku di sini, dan sudah bertahun-tahun aku ingin melawatmu,

24aku berharap dapat singgah di tempatmu ketika aku ke Sepanyol dan dapat bertemu denganmu. Aku juga berharap kamu akan membantuku meneruskan perjalanan ke sana setelah sejenak aku bergembira bersamamu.

251Kor 16:1-4.Tetapi kini aku sedang dalam perjalanan ke Yerusalem untuk membawakan bantuan kepada orang salih.

26Orang Makedonia dan Akhaya telah membuat keputusan turut membantu orang salih yang miskin di Yerusalem.

271Kor 9:11.Ini dilakukan mereka dengan rela hati, malah mereka menganggapnya suatu kewajipan; kerana jika bangsa-bangsa lain telah mendapat bahagian bersama orang Yahudi dalam hal-hal rohani, maka seharusnyalah mereka berbakti kepada orang Yahudi dalam hal-hal lahiriah.

28Setelah menjalankan tugas ini dan menyerahkan apa yang telah dikumpulkan, aku akan belayar ke Sepanyol dan singgah di tempatmu.

29Aku yakin bahawa apabila ke tempatmu, aku akan datang dengan berkat Kristus yang melimpah.

30Saudara-saudaraku, aku meminta kepadamu, demi Tuhan Yesus Kristus dan demi kasih daripada Roh Kudus, berdoalah bersungguh-sungguh bersamaku kepada Allah bagi diriku,

31supaya aku terhindar daripada orang yang tidak beriman di Yudea dan supaya bantuan yang kubawakan ke Yerusalem ini disambut baik oleh orang salih di situ;

32supaya dengan izin Allah aku sampai di tempatmu dengan gembira dan dapat berehat bersamamu.

33Semoga Allah, sumber kesejahteraan, menyertai kamu semua. Amin.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help