1 musuh mereka,
18Kis 3:25.dan melalui benihmu semua bangsa di bumi akan diberkati, kerana kamu telah mematuhi kata-kata-Ku.”
19Setelah itu, kembalilah Abraham kepada hamba-hambanya. Mereka pun bersiap-siap lalu pergi bersama-sama ke Bersyeba. Kemudian menetaplah Abraham di Bersyeba.
20Sesudah berbagai-bagai peristiwa itu, Abraham mendapat khabar demikian, “Ketahuilah, Milka pun telah melahirkan anak-anak lelaki bagi Nahor, saudara tuan.
21Us, anak yang sulung, kemudian Bus, adiknya, selanjutnya Kemuel (bapa Aram),
22Kesed, Hazo, Pildas, Yidlaf, dan Betuel.”
23Betuel mempunyai anak, iaitu Ribka. Kelapan-lapan orang ini dilahirkan Milka bagi Nahor, saudara Abraham.
24Selain itu, daripada gundik Nahor yang bernama Reuma lahir juga Tebah, Gaham, Tahas, dan Maakha.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.