2 Raja-Raja 23 - Alkitab Versi Borneo

Pembaharuan yang dilaksanakan oleh Raja Yosia

1Sesudah itu raja menyuruh semua tua-tua Yehuda dan Yerusalem berkumpul menghadapnya.

2Maka pergilah raja ke Bait TUHAN bersama-sama semua orang Yehuda, seluruh penduduk Yerusalem, imam, nabi, dan seluruh rakyat, dari yang kecil sampai yang besar. Dibacakannya semua kata dalam kitab perjanjian yang ditemukan di Bait TUHAN itu, sementara mereka mendengarkannya.

3Kemudian raja berdiri dekat tiang. Diikatnya perjanjian di hadapan TUHAN untuk hidup mengikuti TUHAN dan berpegang teguh pada segala perintah-Nya, peraturan-Nya, serta ketetapan-Nya dengan segenap hati dan jiwa, juga untuk melaksanakan kata-kata perjanjian yang tertulis dalam kitab itu. Seluruh rakyat pun turut serta dalam perjanjian itu.

4 , berhala-berhala, dan segala dewa kejijikan yang kelihatan di Tanah Yehuda serta di Yerusalem. Hal itu dilakukannya demi melaksanakan perkataan hukum Taurat yang tertulis dalam kitab yang ditemukan di Bait TUHAN oleh Imam Hilkia.

25Sebelum Yosia tidak ada raja sepertinya, yang berbalik kepada TUHAN dengan segenap hatinya, dengan segenap jiwanya, dan dengan segenap kekuatannya, selaras dengan seluruh Kitab Suci Taurat yang disampaikan Allah melalui Musa. Sesudahnya juga tidak pernah tampil seorang pun sepertinya.

26Meskipun begitu, TUHAN tidak juga berpaling daripada murka-Nya yang besar, iaitu murka yang menyala-nyala terhadap Yehuda akibat segala kelakuan Manasye yang menimbulkan sakit hati-Nya.

27TUHAN berfirman, “Aku pun akan menyingkirkan Yehuda dari hadirat-Ku seperti Aku menyingkirkan Israel. Aku akan membuang kota yang Kupilih ini, iaitu Yerusalem, dan Bait ini, meskipun Aku telah berfirman, ‘Nama-Ku akan tinggal di sana.’ ”

28Riwayat Yosia yang selebihnya dan semua yang dilakukannya, bukankah semuanya tertulis dalam kitab hikayat raja-raja Yehuda?

29Pada zamannya, Firaun Nekho, raja Mesir, maju melawan raja Asyur di tepi Sungai Efrat. Raja Yosia pun berangkat menghadapinya, tetapi Firaun membunuhnya di Megido sebaik sahaja dia melihatnya.

30Para pegawainya mengangkut mayatnya dengan rata dari Megido dan membawanya ke Yerusalem. Dia dikuburkan di dalam kuburnya sendiri.

Lalu rakyat negeri itu mengangkat Yoahas anak Yosia, mentahbiskan dia dan menobatkan dia sebagai raja untuk menggantikan ayahnya.

Yoahas bertakhta di Yehuda

31Yoahas berumur dua puluh tiga tahun pada waktu dia menaiki takhta, dan dia bertakhta di Yerusalem selama tiga bulan. Nama ibunya ialah Hamutal anak Yeremia, dari Libna.

32Dia melakukan apa yang jahat di mata TUHAN seperti semua yang dilakukan oleh nenek moyangnya.

33Kemudian Firaun Nekho membelenggunya di Ribla, di Tanah Hamat, supaya jangan lagi dia bertakhta di Yerusalem. Atas negeri itu Firaun membebankan denda seratus talenta perak dan satu talenta emas.

34Yer 22:11,12.Setelah itu, Firaun Nekho menobatkan Elyakim anak Yosia sebagai raja menggantikan Yosia, ayahnya, dan mengubah nama Elyakim kepada Yoyakim, manakala Yoahas diambilnya, dibawanya ke Mesir, dan mati di sana.

35Yoyakim menyerahkan perak dan emas kepada Firaun, tetapi dia mengenakan cukai atas negeri itu supaya dapat menyerahkan wang selaras dengan perintah Firaun. Dipungutnya perak dan emas itu daripada rakyat negeri, masing-masing menurut ketetapan kadar cukainya, untuk kemudian diserahkan kepada Firaun Nekho.

Yoyakim bertakhta di Yehuda

36 Yer 22:18,19; 26:1-6; 35:1-19. Yoyakim berumur dua puluh lima tahun pada waktu dia menaiki takhta, dan dia bertakhta di Yerusalem selama sebelas tahun. Nama ibunya ialah Zebuda anak Pedaya, dari Ruma.

37Dia melakukan apa yang jahat di mata TUHAN seperti semua yang dilakukan oleh nenek moyangnya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help