Markus 6 - Alkitab Versi Borneo

Yesus mengajar di Nazaret

1Yesus beredar dari situ lalu pulang bersama murid-murid-Nya ke kampung halaman-Nya.

2Pada hari Sabat Dia mula mengajar di saumaah. Ramai di situ hairan mendengar ajaran Yesus. “Dari manakah Dia memperoleh semua ini?” tanya mereka. “Apakah kebijaksanaan yang ada pada-Nya? Bagaimanakah Dia dapat melakukan mukjizat?

3Bukankah Dia ini tukang kayu, anak kepada Maria, saudara kepada Yakobus, Yoses, Yudas dan Simon? Bukankah saudara-saudara perempuan-Nya tinggal di sini?” Oleh itu, mereka enggan menerima-Nya.

4 sendiri.”

5Dia tidak dapat melakukan satu mukjizat pun di situ. Dia hanya menyembuhkan beberapa orang sakit dengan meletakkan tangan-Nya pada mereka.

6Dia sungguh hairan bahawa mereka tidak percaya.

Yesus mengutus dua belas murid-Nya

Selepas itu, Yesus pergi ke kampung-kampung di sekitar itu dan mengajar.

7Dia memanggil murid-Nya yang dua belas itu, lalu mengutus mereka berdua-dua, serta memberi mereka kuasa atas roh-roh jahat.

8Perintah-Nya kepada mereka demikian: “Jangan bawa apa-apa dalam perjalanan, kecuali sebatang tongkat — roti pun jangan, beg pun jangan, wang dalam tali pinggang pun jangan.

9Pakailah capal, tetapi jangan pakai dua helai baju.”

10Yesus berkata lagi, “Apabila kamu disambut di sesebuah rumah, menetaplah di situ hingga kamu beredar dari bandar itu.

11 Yesus berjalan di atas air menghampiri mereka. Dia hendak mendahului mereka.

49Tetapi ketika mereka terpandang Dia berjalan di atas air, mereka menyangka-Nya hantu lalu mereka berteriak-teriak.

50Mereka ketakutan melihat Yesus.

Tetapi Dia segera berkata kepada mereka, “Tabahkanlah hatimu! Aku Yesus. Jangan takut.”

51Dia naik ke perahu mereka, lalu angin pun teduh. Para murid-Nya hairan tercengang.

52Mereka masih belum mengerti apa sebenar yang berlaku dengan roti itu, kerana hati mereka masih keras.

53Mereka menyeberang hingga tiba di Genesaret. Di situ mereka menambat perahu itu.

54Sebaik-baik mereka turun dari perahu, orang mengenal Yesus

55lalu berlari ke serata kawasan dan membawa orang sakit yang terbaring di atas tikar kepada-Nya di mana-mana sahaja Dia berada.

56Di setiap tempat yang dikunjungi-Nya — baik di kota, di pekan mahupun di kampung — penduduk di situ membawa orang yang sakit ke pasar. Mereka memohon agar sekurang-kurangnya Yesus membenarkan mereka menyentuh hujung jubah-Nya. Semua yang menyentuhnya terus sembuh.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help