1Paulus merenung perhimpunan itu lalu berkata, “Saudara-saudara, dengan hati nurani yang bersih aku telah melakukan segalanya di mata Allah sampai hari ini.”
2Ananias, imam besar, menyuruh orang yang berdiri di sisi Paulus menampar mulutnya.
3
24Sediakan juga kuda tunggang untuk membawa Paulus kepada Feliks, gabenor negeri, dengan selamat.”
25Ketua tentera itu menulis surat seperti yang berikut:
26“Salam daripadaku, Klaudius Lisias, kepada Feliks, gabenor yang amat mulia.
27Orang ini telah ditangkap oleh orang Yahudi. Mereka hendak membunuhnya, lalu aku datang dengan askar-askar dan menyelamatkannya. Aku mendapat tahu dia warga negeri Roma.
28Aku ingin mengetahui apa sebabnya dia dituduh oleh bangsanya. Oleh itu, aku membawanya untuk menghadap Majlis Agama mereka.
29Aku mendapati dia tertuduh atas beberapa pertikaian tentang hukum agama; tetapi tiada suatu tuduhan pun yang patut dihukum bunuh atau penjara.
30Apabila aku diberitahu tentang suatu pakatan hendak membunuh orang ini, aku segera menghantarkannya kepada tuan. Aku berpesan kepada mereka yang menuduhnya supaya mendakwanya di hadapan tuan.”
31Askar-askar mengambil Paulus sebagaimana diarahkan lalu membawanya pada waktu malam ke Antipatris.
32Esoknya askar berkuda sahaja meneruskan perjalanan bersama Paulus manakala askar yang lain pulang ke kubu.
33Setelah sampai ke Kaisarea, surat itu dipersembahkan kepada gabenor dan Paulus pun dihadapkan kepadanya.
34Selepas membaca surat itu, gabenor itu bertanya kepada Paulus di mana negeri asalnya. Apabila dia mendengar bahawa Paulus orang Kilikia,
35dia berkata, “Aku akan mengadili perkara ini setelah pendakwa-pendakwa kamu sampai.” Kemudian dia mengarahkan supaya Paulus ditahan di dalam istana yang dahulu dibina oleh Herodes.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.