Mazmur 89 - Alkitab Versi Borneo

Renungan Etan, orang Ezrahi.

1Aku akan menyanyi tentang kasih TUHAN selama-lamanya;

dengan mulutku akan kuceritakan kesetiaan-Mu kepada semua keturunan zaman-berzaman.

2Kerana aku telah berkata, “Kasih-Mu akan kekal selama-lamanya,

kesetiaan-Mu akan Kauteguhkan hingga ke langit.”

3Engkau berkata, “Aku telah membuat perjanjian dengan orang yang Kupilih,

Aku telah berjanji kepada hamba-Ku Daud,

4

5Seisi langit akan memuji keajaiban-Mu, ya TUHAN,

kesetiaan-Mu juga dalam perhimpunan orang yang hidup suci.

6Kerana siapa di langit yang dapat dibandingkan dengan TUHAN?

Siapa antara anak orang berkuasa dapat disamakan dengan TUHAN?

7Allah amat ditakuti dalam perhimpunan orang yang hidup suci;

dan amat dihormati oleh semua yang di sekeliling-Nya.

8Ya TUHAN, Allah alam semesta, siapakah yang berkuasa seperti-Mu?

Ya TUHAN, kesetiaan-Mu juga di sekeliling-Mu.

9Engkau menguasai gelora laut;

apabila gelombangnya tinggi, Engkau menenangkannya.

10Engkau telah meremukkan Rahab, seperti manusia yang dibunuh;

Engkau telah menyebabkan musuh-Mu bertempiaran dengan lengan-Mu yang perkasa.

11Langit milik-Mu, bumi juga milik-Mu;

dunia dengan segala isinya, Engkau yang menjadikannya.

12Utara dan selatan, Engkau yang menciptanya;

Gunung Tabor dan Hermon bergembira dengan nama-Mu.

13Engkau mempunyai lengan yang perkasa;

tangan-Mu kuat dan tangan kanan-Mu tinggi.

14Perbenaran dan keadilan adalah asas takhta-Mu;

kasih dan kesetiaan berjalan di hadapan-Mu.

15Diberkatilah orang yang mengenal bunyi bahagia itu,

mereka melangkah, ya TUHAN, dalam cahaya wajah-Mu.

16Dengan nama-Mu mereka bergembira sepanjang hari;

dan dalam perbenaran-Mu mereka ditinggikan.

17Kerana Engkau kemuliaan kekuatan mereka,

dan dengan keredaan-Mu tanduk kami ditinggikan.

18Perisai kami milik TUHAN,

dan raja kami milik Yang Maha Suci Allah TUHAN Israel.

19Kemudian Engkau berfirman melalui satu penglihatan kepada orang warak-Mu:

“Aku telah memberi pertolongan kepada seorang yang perkasa;

Aku telah mengangkat tinggi seorang yang dipilih daripada kalangan umat.

20

38Tetapi Engkau telah menyingkirkan dan membenci,

Engkau telah murka akan orang yang Kauurapi.

39Engkau telah membatalkan perjanjian dengan hamba-Mu;

Engkau telah mencemarkan mahkotanya dengan menghumbankannya ke tanah.

40Engkau telah memecahkan semua pagarnya;

Engkau telah meranapkan semua bentengnya.

41Semua orang yang lalu-lalang menyamun dia;

dia menjadi celaan jiran-jirannya.

42Engkau telah mengangkat tinggi tangan kanan seterunya;

Engkau telah menyebabkan semua musuhnya bergembira.

43Engkau telah membengkokkan hujung pedangnya dan tidak menyokongnya dalam pertempuran.

44Engkau telah meluputkan kemuliaannya

dan melontarkan takhtanya ke tanah.

45Usia mudanya telah Kausingkatkan;

Engkau telah memalukannya. Sela

46Betapa lama, ya TUHAN? Adakah Engkau akan menyembunyikan diri-Mu selama-lamanya?

Adakah kemurkaan-Mu akan terus menyala seperti api?

47Ingatlah betapa singkat usiaku.

Adakah Engkau telah mencipta anak-anak manusia untuk hidup sia-sia?

48Manusia manakah dapat hidup dan tidak menemui maut,

dapatkah dia melepaskan nyawanya daripada kuasa kubur? Sela

49Ya Tuhan, di manakah kasih-Mu yang dahulu,

yang telah Kaujanjikan kepada Daud dalam kesetiaan-Mu?

50Ingatlah, ya Tuhan, celaan terhadap hamba-hamba-Mu,

betapa dadaku menanggung celaan daripada segala bangsa,

51musuh-Mu telah mencela, ya TUHAN,

mereka telah mencela jejak langkah orang yang telah Kauurapi.

52Pujilah TUHAN selama-lamanya!

Amin, Amin.

Jilid IV: 90 — 106
Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help