Yesaya 59 - Alkitab Versi Borneo

Dosa penghambat penyelamatan

1Sesungguhnya, tangan TUHAN tidak kurang berkuasa untuk menyelamatkan,

dan pendengaran-Nya tidak tumpul untuk mendengar.

2Tetapi kesalahanmu telah menjadi pemisah antara kamu dengan Allahmu,

dan dosa-dosamu membuat Dia menyembunyikan diri daripadamu sehingga Dia tidak mendengar.

3Tanganmu dicemari darah dan jari-jarimu oleh kesalahan.

Bibirmu mengucapkan dusta, lidahmu mengungkapkan kezaliman.

4Tidak ada yang mengajukan pengaduan dengan benar

dan tidak ada yang mengadili dengan jujur.

Mereka menaruh harapan pada kesia-siaan dan mengucapkan dusta,

mereka mengandung bencana dan melahirkan kejahatan.

5Mereka menetaskan telur ular kapak dan menenun sarang lelabah.

Sesiapa yang makan telur itu akan mati, dan telur yang pecah menetaskan ular kapak.

6Sarang lelabahnya tidak dapat menjadi pakaian,

mereka tidak dapat menutupi tubuh dengan hasil buatan mereka itu.

Perbuatan mereka ialah perbuatan jahat,

tindak kekerasan ada di tangan mereka.

7 telah hilang.

Orang yang menjauhkan diri daripada kejahatan menjadikan dirinya korban jarahan.

TUHAN melihat hal itu dan Dia tidak berkenan,

bahawa tidak ada keadilan.

16 sendiri membantu Dia.

17 Keb 5:17-23; Ef 6:14,17; 1Tes 5:8. Dia mengenakan perbenaran sebagai baju zirah,

dan ketopong penyelamatan ada di kepala-Nya.

Dia mengenakan pakaian pembalasan dan menyelubungkan semangat sebagai jubah.

18Selaras dengan perbuatan-perbuatan mereka,

demikianlah Dia akan memberikan balasan,

iaitu murka kepada lawan-lawan-Nya

dan pembalasan kepada musuh-musuh-Nya.

Kepada pulau-pulau pun Dia akan mengadakan pembalasan.

19Maka orang akan takut kepada nama TUHAN dari arah barat,

dan kepada kemuliaan-Nya dari arah terbitnya matahari,

kerana Dia akan datang seperti arus yang tertahan,

yang didorong oleh hembusan nafas TUHAN.

20 Rm 11:26. “Seorang Penebus akan datang ke Sion,

kepada bani Yakub yang bertaubat daripada pelanggaran mereka,”

demikianlah firman TUHAN.

21“Mengenai Aku, inilah perjanjian-Ku dengan mereka,” demikianlah firman TUHAN. “Roh-Ku yang ada padamu dan firman-Ku yang Kutaruh di dalam mulutmu tidak akan hilang daripada mulutmu, daripada mulut keturunanmu, dan daripada mulut keturunan mereka mulai sekarang untuk selama-lamanya,” demikianlah firman TUHAN.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help