1 Samuel 28 - Alkitab Versi Borneo

Raja Saul dengan seorang pengantara wanita di En-Dor

1Pada masa itu orang Filistin mengerahkan pasukan mereka untuk berperang melawan Israel. Kata Akhis kepada Daud, “Ketahuilah baik-baik, engkau dan anak buahmu harus mara bersama-samaku dalam angkatan tentera ini.”

2Kata Daud kepada Akhis, “Baik. Tuanku akan mengetahui apa yang mampu dilakukan oleh hambamu ini.”

Kata Akhis kepada Daud, “Baiklah, aku melantik engkau menjadi pengawal peribadi aku seumur hidup.”

3 muncul dari dalam bumi.”

14Saul bertanya, “Bagaimanakah rupanya?” Jawabnya, “Ada seorang tua muncul. Dia diselubungi sehelai jubah.” Saul tahu bahawa itulah Samuel. Lalu dia membongkok dan sujud memberi hormat.

15Berkatalah Samuel kepada Saul, “Mengapakah engkau mengganggu aku dengan menghadirkan aku?”

Jawab Saul, “Aku sedang dalam keadaan tersepit lantaran orang Filistin memerangi aku, sedangkan Allah telah menjauhi aku dan tidak lagi menjawab aku, sama ada dengan perantaraan para nabi atau melalui mimpi. Oleh sebab itu aku memanggil engkau supaya engkau memberitahukan kepadaku apa yang harus kulakukan.”

16Kata Samuel, “Mengapakah pula engkau bertanya kepadaku walhal TUHAN juga telah menjauhi kamu dan telah menjadi musuhmu?

171Sam 15:28.TUHAN telah melakukan apa yang difirmankan-Nya dengan perantaraan aku. TUHAN telah merentap kerajaan itu daripada tanganmu dan mengurniakannya kepada orang lain, iaitu kepada Daud.

181Sam 15:3-9.Kerana engkau tidak mematuhi TUHAN dan tidak melampiaskan kemurkaan-Nya yang menyala-nyala terhadap Amalek, maka inilah yang dilakukan TUHAN terhadap engkau pada hari ini.

19TUHAN akan menyerahkan orang Israel dan juga engkau ke dalam tangan orang Filistin. Esok engkau dan anak-anakmu akan ada bersama-samaku. TUHAN pun akan menyerahkan pasukan orang Israel ke dalam tangan orang Filistin.”

20Lantas jatuhlah Saul terjerembap ke tanah dalam ketakutan yang amat sangat kerana kata-kata Samuel itu. Tidak ada kekuatan lagi padanya kerana dia tidak makan apa-apa pun sepanjang siang dan sepanjang malam itu.

21Perempuan itu mendekati Saul dan melihat betapa gentarnya Saul, dia berkata kepadanya, “Sesungguhnya, hambamu ini telah menuruti kata-kata tuanku. Hamba telah mempertaruhkan nyawa hamba dan mendengar kata-kata yang tuanku sampaikan kepada hamba.

22Sekarang, sudilah tuanku juga mendengar kata-kata hambamu ini. Hamba akan meletakkan sepotong roti di hadapan tuanku. Makanlah, supaya tuanku mendapat kekuatan apabila tuanku perlu meneruskan perjalanan.”

23Saul menolak dan berkata, “Aku tidak mahu makan.” Tetapi para pegawainya dan juga perempuan itu mendesaknya sehingga akhirnya didengarnya kata-kata mereka. Dia bangun dari tanah lalu duduk di tempat tidur.

24Perempuan itu memiliki seekor anak lembu tambun di rumahnya. Disembelihnya segera lembu itu, diambilnya tepung, diramasnya, lalu dibakarnya menjadi roti tidak beragi.

25Kemudian dihidangkannya roti itu di depan Saul serta para pegawainya, dan mereka pun makan. Pada malam itu juga mereka segera berangkat.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help