2 Raja-Raja 18 - Alkitab Versi Borneo

Hizkia bertakhta di Yehuda

1Pada tahun ketiga zaman pemerintahan Hosea anak Ela, raja Israel, Hizkia anak Ahas, raja Yehuda, menaiki takhta.

2Umurnya dua puluh lima tahun pada waktu dia menaiki takhta, dan dia bertakhta di Yerusalem selama dua puluh sembilan tahun. Nama ibunya ialah Abia anak Zakharia.

3Dia melakukan apa yang benar di mata TUHAN, seperti semua yang dilakukan oleh Daud, leluhurnya.

4 disertai suatu pasukan yang besar dari Lakhis untuk menemui Raja Hizkia di Yerusalem. Mereka pun berangkat lalu sampai di Yerusalem. Setelah sampai, mereka mengambil tempat dekat saluran kolam atas, iaitu di jalan raya menuju Padang Dobi.

18Setelah mereka berseru memanggil raja, keluarlah Elyakim anak Hilkia, ketua istana, Sebna, jurutulis negara, dan Yoah anak Asaf, pencatat sejarah, untuk menemui mereka.

19Rabshakeh berkata kepada mereka, “Katakanlah kepada Hizkia, ‘Beginilah titah raja agung, iaitu raja Asyur: Keyakinan seperti apakah yang kaupegang ini?

20Kaufikir perancangan rapi dan kekuatan untuk berperang memadai dengan kata-kata sahaja? Sekarang, siapakah yang kauandalkan sehingga engkau memberontak terhadap aku?

21Ketahuilah, engkau berharap kepada Mesir, tongkat buluh yang patah terkulai itu. Mesir akan menusuk tembus tangan orang yang bertopang kepadanya. Demikianlah Firaun, raja Mesir itu, bagi semua orang yang mengandalkannya.

22Tetapi jika engkau berkata kepadaku, “Kami mengandalkan TUHAN, Allah kami,” bukankah Dia itu yang bukit-bukit pemujaan-Nya dan mazbah-mazbah-Nya, telah disingkirkan oleh Hizkia sambil berkata kepada orang Yehuda dan Yerusalem, “Kamu harus sujud menyembah di depan mazbah di Yerusalem ini”?

23Maka sekarang, marilah bertaruh dengan tuanku, raja Asyur: Aku akan memberikan dua ribu ekor kuda kepadamu kalau engkau sanggup menyediakan penunggang-penunggangnya.

24Bagaimanakah mungkin engkau dapat menangkis hingga mundur seorang perwira biarpun daripada antara pegawai tuanku yang paling kecil, sedangkan engkau berharap kepada Mesir untuk rata dan pasukan berkuda?

25Tambahan pula, masakan aku maju di luar kehendak TUHAN untuk menyerang tempat ini dan memusnahkannya? TUHAN telah berfirman kepadaku: Majulah, seranglah negeri itu dan musnahkannyalah!’ ”

26Lalu Elyakim anak Hilkia, Sebna, dan Yoah berkata kepada Rabshakeh, “Harap tuan bercakap kepada hamba-hambamu ini dalam bahasa Aram kerana kami memahami bahasa itu. Janganlah tuan berkata-kata kepada kami dalam bahasa Ibrani, kerana rakyat yang berada di atas tembok itu dapat mendengarnya.”

27Tetapi kata Rabshakeh kepada mereka, “Adakah tuanku mengutus aku untuk menyampaikan kata-kata ini hanya kepada tuanmu dan kepadamu? Bukankah juga kepada orang yang duduk di atas tembok itu, yang akan makan tahi dan minum air kencing mereka sendiri bersama-sama kamu?”

28Kemudian Rabshakeh berdiri lalu berseru dengan suara nyaring dalam bahasa Ibrani. Katanya, “Dengarlah titah raja agung, iaitu raja Asyur!

29Beginilah titah sang raja: ‘Jangan biarkan Hizkia menipu kamu, kerana dia tidak sanggup melepaskan kamu daripada tanganku.

30Jangan biarkan Hizkia mengajak kamu berharap kepada TUHAN dengan berkata, “TUHAN pasti melepaskan kita. Kota ini tidak akan diserahkan ke dalam tangan raja Asyur.”

31Jangan dengarkan Hizkia, kerana beginilah titah raja Asyur: “Adakanlah perjanjian damai denganku dan temuilah aku, maka setiap orang daripada kamu akan makan hasil pokok anggur dan pokok ara masing-masing serta minum air perigi masing-masing,

32sampai aku datang dan membawa kamu ke sebuah negeri seperti negerimu, iaitu sebuah negeri yang mempunyai gandum dan air anggur, roti serta kebun anggur, minyak zaitun dan madu. Maka, kamu tidak akan mati melainkan hidup.” Jangan dengarkan Hizkia apabila dia memperdayakan kamu dengan berkata, “TUHAN akan melepaskan kita.”

33Pernahkah tuhan bangsa-bangsa melepaskan negeri masing-masing daripada tangan raja Asyur?

34Di manakah tuhan-tuhan negeri Hamat dan Arpad? Di manakah tuhan-tuhan negeri Sefarwaim, Hena, dan Iwa? Adakah mereka telah melepaskan Samaria daripada tanganku?

35Siapakah antara semua tuhan negeri-negeri itu yang telah melepaskan negerinya daripada tanganku, sehingga TUHAN dapat melepaskan Yerusalem daripada tanganku?’ ”

36Tetapi rakyat berdiam diri sahaja dan tidak menjawabnya walau sepatah kata pun, kerana ada perintah raja yang berbunyi, “Jangan menjawab dia.”

37Lalu Elyakim anak Hilkia, ketua istana, Sebna, jurutulis negara, dan Yoah anak Asaf, pencatat sejarah, pergi menghadap Hizkia dengan pakaian yang dikoyakkan. Mereka menyampaikan perkataan Rabshakeh itu kepada raja.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help